NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pusat media Perikatan Nasional lengang

Pusat media Perikatan Nasional (PN) di sebuah hotel di Senai, lengang sehingga jam 10.30 malam ini. NSTP/Mary Victoria Dass

KULAI: Pusat media Perikatan Nasional (PN) di sebuah hotel di Senai, di sini, dilihat lengang sehingga jam 10.30 malam ini berikutan keputusan tidak rasmi yang menunjukkan Barisan Nasional (BN) menang dua pertiga pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Program yang sepatutnya bermula jam 9 malam bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang perubahan apabila tidak kelihatan seorang pun pimpinan tertinggi parti berada di pusat media berkenaan.

Difahamkan, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba mengelak daripada bertemu media yang berkampung di pusat media di hotel itu.

Malah, kesemua calon dari BERSATU, PAS dan GERAKAN tidak kelihatan di pusat media berkenaan.

Bilangan pengamal media yang berkampung sejak jam 7 malam semakin berkurangan dan mula meninggalkan pusat media itu selepas bosan menunggu.

Keputusan tidak rasmi setakat ini, PN dilihat mendahului di lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong, Bukit Pasir, Maharani, Endau dan Tenggaroh.

Ia membabitkan calon Datuk Dr Sahruddin Jamal (Bukit Kepong); Muhd Nur Iqbal Abd Razak (Bukit Pasir); Abd Aziz Talib (Maharani), Alwiyah Talib (Endau) dan Roslan Nikmat (Tenggaroh).

Sekiranya keputusan tidak rasmi itu tidak berubah, BN dilihat sudah mempunyai angka yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo