NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Masa untuk BN bentuk kestabilan masa depan rakyat Johor' - Ismail Sabri


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) selepas parti itu berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, hari ini.

Dalam ucapan tahniah itu, Perdana Menteri menyifatkan kemenangan itu sebagai hasil kerja keras pemimpin, jentera dan petugas parti, selain pengundi yang memberi kepercayaan kepada BN untuk mentadbir Johor.

Sehubungan itu, beliau menggesa semua wakil rakyat BN yang menang dalam PRN Johor untuk mengambil peluang itu untuk membentuk kestabilan masa depan rakyat Johor.

"Tahniah Barisan Nasional di atas kemenangan dalam #PRNJohor.

"Terima kasih kepada semua pengundi-pengundi, kepimpinan, jentera dan petugas-petugas yang bekerja keras dalam memastikan kemenangan BN.

"Masa untuk Kestabilan Masa Depan rakyat Johor!," katanya menerusi Twitter, malam ini.

Terdahulu, Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan BN sudah memenangi jumlah kerusi yang mencukupi untuk sekurang-kurangnya menang majoriti mudah dalam PRN Johor, sekali gus membentuk kerajaan negeri.

Jumlah sebenar kerusi Dewan Undangan Negeri yang dimenangi BN masih boleh diperoleh berikutan proses kiraan undi masih berjalan ketika ini.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo