NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Puad dulu Menteri Hal Ehwal Rafizi di UMNO, kini berpindah portfolio ke PKR – Rafizi



JOHOR BAHRU – Pemimpin Parti Bersama Malaysia (PBM), Datuk Seri Rafizi Ramli menyifatkan tindakan Datuk Dr. Puad Zarkashi yang berpelukan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perubahan hubungan politik yang semakin sukar difahami oleh rakyat.

Ahli Parlimen Pandan itu secara berseloroh berkata, Puad seolah-olah telah “bertukar portfolio” daripada UMNO kepada PKR kerana sebelum ini sering mengkritiknya semasa beliau masih berada dalam PKR.

Bagaimanapun, bekas Menteri Ekonomi itu menyifatkan tindakan sedemikian sebagai sebahagian daripada dinamik politik semasa.

“Sebelum ini kita selalu buat lawak Puad ini dia kan Menteri Hal Ehwal Rafizi, mungkin dia sudah berpindah portfolio daripada UMNO ke PKR, sebab saya ingat PKR lagi banyak hentam aku daripada UMNO kan.

“Jadi mungkin lepas ini dia akan terus dengan portfolio baharu (hentam Rafizi), tapi dalam PKR untuk mengkritik saya,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika ditemui di Program Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai, di sini, hari ini.

Terdahulu, Puad mencuri perhatian apabila hadir program Dialog Terbuka Belia yang dihadiri Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Felda Ulu Tebrau, malam Sabtu.

Ketibaan Puad pada program itu disambut mesra oleh Perdana Menteri yang bersalaman sebelum kedua-duanya berpelukan sebaik Anwar tiba kira-kira jam 9.40 malam.

Terdahulu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu mengumumkan sokongan kepada calon PH, Mohamad Yazid Bakri yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit menerusi poster yang di muat naik di laman Facebooknya.

Dalam pada itu, Rafizi berkata, pengalaman panjang dalam politik membuatkan beliau melihat isu sebenar yang membelenggu rakyat jauh lebih penting berbanding percaturan pemimpin politik.

“Dulu bergaduh, kemudian berpelukan. Sekejap dengan pihak ini, sekejap dengan pihak itu. Yang di bawah ini sebenarnya tidak peduli semua itu,” katanya.

Katanya lagi, rakyat lebih mengharapkan penyelesaian terhadap masalah kehidupan harian seperti sistem perparitan, kutipan sampah, isu pemilikan tanah dan rumah, gaji, kadar sewa serta masalah pembetungan yang terus membebankan mereka.

“Pemimpin politik sepatutnya memberi tumpuan kepada penyelesaian isu-isu berkenaan berbanding terus bermain dengan percaturan politik yang hanya menguntungkan golongan elit,” katanya lagi. – MalaysiaGazette












........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo