NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kelantan-Terengganu tersisih? Mumtaz desak kerajaan jelas nasib LPT3



  • Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md Nawi membangkitkan perkara tersebut susulan perbezaan ketara dalam layanan kelulusan projek impak tinggi antara Projek Lebuhraya PIL-1 (PAN Island Link 1) di Pulau Pinang dengan Projek Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) melibatkan jajaran Kelantan dan Terengganu di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
  • “Banyak kali dah geger (bising) dalam sidang tapi ulu (keputusan) duk diorang gak, gitulah,” katanya yang merujuk kepada keluhan bahawa kelulusan tetap berpihak kepada wilayah atau negeri tertentu.
  • Menurut beliau, projek PIL-1 di Pulau Pinang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat dan bakal dinikmati secara bebas tol, sementara bagi projek jajaran Pantai Timur (LPT3), ia dicadangkan untuk dibiayai oleh pihak swasta dengan anggaran kadar tol sekitar RM70 untuk perjalanan dari hulu ke hilir yang statusnya kini dilaporkan belum diluluskan.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md Nawi menzahirkan rasa kesal berhubung isu agihan peruntukan infrastruktur negara yang didakwanya masih tidak memihak kepada koridor Pantai Timur, khususnya bagi negeri Kelantan dan Terengganu.

Beliau membangkitkan perkara tersebut susulan perbezaan ketara dalam layanan kelulusan projek impak tinggi antara Projek Lebuhraya PIL-1 (PAN Island Link 1) di Pulau Pinang dengan Projek Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) melibatkan jajaran Kelantan dan Terengganu di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Sehubungan itu, Mumtaz menggesa kepimpinan Kerajaan Madani memberi penjelasan berhubung perkara tersebut.

Menurut kenyataan ringkas beliau di media sosial, isu keutamaan projek berkenaan telah berulang kali disuarakan dalam Sidang Parlimen, namun keputusan akhir yang dibuat oleh pihak kerajaan persekutuan masih belum menunjukkan perubahan yang adil buat rakyat di Pantai Timur.

“Banyak kali dah geger (bising) dalam sidang tapi ulu (keputusan) duk diorang gak, gitulah,” katanya yang merujuk kepada keluhan bahawa kelulusan tetap berpihak kepada wilayah atau negeri tertentu.

Menerusi infografik yang dikongsikan beliau, beberapa perbezaan struktur pembiayaan dan pelaksanaan antara kedua-dua projek mega tersebut telah digariskan untuk perhatian umum. 

Menurutnya, Projek Lebuhraya PIL-1 di Pulau Pinang dilaporkan berjaya disenaraikan dalam RMK13 bersama tambahan bonus projek LRT bernilai RM16.8 bilion manakala Projek LPT3 yang menghubungkan Pengkalan Kubor, Kelantan sehingga ke Kuala Terengganu, Terengganu ‘tercicir’ daripada pelan pembangunan berkenaan. 

Dari segi kos, tambahnya, Lebuhraya PIL-1 mencatatkan kos keseluruhan sebanyak RM9.6 bilion bagi jarak 19.5 kilometer yang bersamaan dengan RM492 juta bagi setiap kilometer, manakala Lebuhraya LPT3 pula menganggarkan kos RM9.8 bilion bagi jarak yang jauh lebih panjang iaitu 122 kilometer atau bersamaan dengan RM80.3 juta bagi setiap kilometer. 

Selain itu, projek PIL-1 di Pulau Pinang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat dan bakal dinikmati secara bebas tol, sementara bagi projek jajaran Pantai Timur (LPT3), ia dicadangkan untuk dibiayai oleh pihak swasta dengan anggaran kadar tol sekitar RM70 untuk perjalanan dari hulu ke hilir yang statusnya kini dilaporkan belum diluluskan. 

The Merdeka sedang mendapatkan ulasan lanjut Mumtaz berhubung perkara tersebut. – The Merdeka Times





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo