NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zamani: Dua calon Melayu? Pengundi Nilai faham objektif BERJASA




NILAI, 8 SAFAR — Calon BERJASA Dewan Undangan Negeri (DUN) Nilai menegaskan pengundi di kawasan ini tidak terkeliru dengan seorang lagi calon Bebas Melayu yang melengkapkan pertandingan lima penjuru.

Ustaz Zamani Ibrahim berkata berdasarkan pertemuannya bersama pengundi Nilai, mereka sangat memahami tujuan dan perjuangan BERJASA bertanding di kawasan ini.

“Saya pun sebenarnya sudah mengadakan beberapa pertemuan di masjid. Jawapan yang saya dapat mereka kata ‘tidak mengapa ustaz, itu hanya peribadi. Masuk cara peribadi.’ 

“‘Tetapi ustaz masuk dalam satu parti yang ada agendanya, ada jenteranya dan ada kekuatannya berbanding dia Bebas yang bawa agenda peribadi.’

“Jadi rakyat di Nilai mereka nampak perbezaan itu, tidak perlu saya menjawabnya. Mereka sudah faham. Calon Bebas masuk, bagi dia tidak ke mana,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara khas bersama TV Pertiwi di sini hari ini mengulas pertandingan lima penjuru di DUN Nilai pada awal bulan depan. 

Katanya, BERJASA mempunyai hala tuju jelas bagi menawarkan khidmat kepada penduduk Nilai yang terus dibelenggu masalah tiada kesudahan. 

“Bila parti BERJASA masuk, ada jentera, maka kami ada hala tujunya. 

“Saya yakin dan percaya penduduk Nilai sudah pun memahami perbezaan antara saya yang berparti dan calon Bebas,” katanya merujuk calon Bebas, Omar Mohd Isa. 

Ditanya pencalonan BERSATU dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, Zamani berkata kemunculan parti Tan Sri Muhyiddin Yassin meranapkan agenda satu lawan satu.  

Katanya, fenomena itu tidak boleh dibiarkan dan semua pihak perlu dibawa ke meja rundingan bagi memastikan pertembungan satu lawan satu menjadi realiti.

“Saya mengharapkan mesti berlaku satu lawan satu. Tetapi sekarang ini sudah kebanyakannya berlaku tiga penjuru dengan penyertaan BERSATU. 

“Saya melihat kalau dari segi strateginya memanglah akan berlaku pecah undi terutama di kawasan majoriti Melayu. Jadi calon pun sudah tiga, pecahlah undi itu. 

“Saya mengharapkan perbincangan mesti diteruskan antara BERSATU dan Perikatan Nasional (PN). Kita bina hubungan semula sebab kita ada Pilihan Raya Umum (PRU) yang paling besar,” katanya.

Zamani berkata BERJASA akan terus memainkan agenda penyatuan walau masih belum diterima PN supaya konsep satu lawan satu menuju PRU16 dapat direalisasikan. 

Katanya, bagi merealisasikan impian itu, BERJASA akan membawa pimpinan utama parti Melayu agar kembali ke meja rundingan supaya pertembungan satu lawan satu mampu dicapai.

“Saya sangat-sangat berharap supaya apa yang berlaku pada PRN ini tidak akan berlaku pada PRU akan datang. PRU ini penting sebab ini pertandingan merebut Putrajaya.

“Saya akan berbincang dengan Muhyiddin dan juga PN sebagai orang yang menjadi rakan kedua-duanya supaya cari balik titik pertemuan. 

“Bagi saya sangat merugikan apabila berlaku perpecahan undi. Sebab sasaran kita ialah untuk menyahkan Pakatan Harapan (PH) dengan satu lawan satu,” katanya.



Sumber| TV Pertiwi










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo