BANGI, 26 MUHARRAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasai sendiri pengalaman menaiki aliran transit ringan tiga (LRT3) dari stesen Bandar Utama di Petaling Jaya hingga stesen Johan Setia, Klang.
Dalam kenyataan media yang disiarkan menerusi Selangor Royal Office, baginda menzahirkan rasa syukur kerana projek infrastruktur pengangkutan awam itu akhirnya menjadi kenyataan.
Titah baginda, penyediaan LRT3 diyakini akan meningkatkan mutu kehidupan rakyat, mengurangkan kesesakan lalu lintas serta menyediakan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap, selesa dan mampan.
“Alangkah baiknya kalau laluan LRT3 ini siap seperti perancangan asal kerana Baginda berpandangan perkhidmatan tren ini adalah kemudahan pengangkutan awam yang penting untuk kesenangan rakyat.
“Baginda turut memuji kesabaran rakyat Selangor dan Alhamdulillah, akhirnya LRT3 Laluan Shah Alam ini siap dan boleh digunakan. Baginda percaya ada hikmah yang Allah SWT ingin tunjukkan daripada kelewatan ini.
“Baginda turut teruja menantikan siapnya lima lagi stesen tertangguh yang bakal dibina semula iaitu stesen LRT3 Tropicana, Temasya, Raja Muda, Bukit Raja dan Bandar Botanik yang bakal memberi manfaat kepada majoriti penduduk Melayu di kawasan berhampiran,” titah baginda.
Sultan Sharafuddin turut diiringi Tengku Permaisuri Selangor dan Raja Muda Selangor.
Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin turut merakamkan penghargaan kepada Prasarana dan MRCB serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pembinaan dan pengoperasian LRT3.
Baginda disembah maklum bahawa elbih 13,000 individu telah menyumbang tenaga, kepakaran dan komitmen mereka dalam merealisasikan pembinaan Laluan Shah alam.
“Sepanjang tempoh pembinaan selama 10 tahun 9 bulan, secara puratanya, seramai 8,000 kakitangan bertugas di pelbagai lokasi pada satu-satu masa, merangkumi pelbagai disiplin dan bidang kepakaran bagi memastikan projek ini dapat dilaksanakan.
“Walaupun stesen, landasan dan tren merupakan hasil yang dapat dilihat oleh masyarakat, hakikatnya kejayaan sebenar projek ini adaiah manifestasi dedikasi, profesionalisme serta semangat lebih 13,000 individu yang telah mengabdikan tenaga dan kepakaran mereka sepanjang pembinaannya,” titah baginda.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment