NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pulau Pinang tidak akan adakan PRN serentak dengan PRU-16



  • Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ketika ini, berlaku gangguan terhadap ‘kalendar’ pilihan raya dan adalah sukar untuk menyelaraskan pilihan raya di peringkat negeri dan nasional secara serentak kecuali atas persetujuan bersama.
  • Pada masa sama, beliau berkata, pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) secara serentak di seluruh negara juga mungkin dilihat sebagai tidak adil kepada pengundi di negeri-negeri yang tertentu.

BUTTERWORTH – Pulau Pinang hampir pasti tidak akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) selepas ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ketika ini, berlaku gangguan terhadap ‘kalendar’ pilihan raya dan adalah sukar untuk menyelaraskan pilihan raya di peringkat negeri dan nasional secara serentak kecuali atas persetujuan bersama.

Pada masa sama, beliau berkata, pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) secara serentak di seluruh negara juga mungkin dilihat sebagai tidak adil kepada pengundi di negeri-negeri yang tertentu.

“Sebagai contoh, Pulau Pinang ketika ini masih mempunyai baki kira-kira dua setengah tahun lagi sebelum penggal (pentadbiran) ditamatkan.

“Jadi, tidak adil kepada pengundi jika DUN dibubarkan lebih awal semata-mata untuk menyelaraskan kedua-dua pilihan raya (PRN dan PRU),” katanya kepada pemberita seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Beliau mengulas berhubung keperluan mengadakan kedua-dua pilihan raya secara serentak untuk menjimatkan kos susulan pembubaran DUN Johor semalam bagi memberi laluan kepada PRN di negeri tersebut dalam tempoh yang terdekat.

Dalam pada itu, Kon Yeow yang juga Naib Pengerusi Kebangsaan DAP berkata, DAP Pulau Pinang dijangka menggerakkan jentera mereka bagi membantu kempen parti itu pada PRN Johor nanti.

“Seperti biasa, kami akan menggerakkan petugas pilihan raya ke Johor untuk membantu dalam apa jua cara yang diperlukan. Kami juga masih menunggu sama ada terdapat negeri-negeri lain yang akan mengadakan pilihan raya mengejut (selain Johor).

“Jadi, perkara ini akan kami tunggu dan putuskan kemudian,” katanya yang juga merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang. – The Merdeka Times





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo