Beliau berkata, kenyataan yang menyindir rakan komponen Perikatan Nasional (PN) dengan ungkapan ‘gantung kain batik dan kain pelekat’ adalah tidak wajar, tidak berhemah dan berpotensi mengguris perpaduan dalam gabungan parti politik itu yang kini sedang bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16.
“Sindiran seperti ini bukan sahaja menghina maruah rakan komponen, malah seolah-olah merendahkan pengorbanan yang telah dibuat oleh semua pihak dalam PN.
Sanusi menjelaskan, Pas berharap parti rakan itu memahami keadaan yang dihadapi dan akan mencontohi parti itu berkorban juga untuk memenuhi keperluan tersebut.
“Kawan-kawan kita yang tak cari duit dan tak ada jentera, mungkin boleh gantung ‘kain batik’ dan ‘kain pelekat’. (Pilihan raya) mahal oi, bukan murah,” sindirnya.
Menurut Aliff, PN tidak boleh dilihat berpecah hanya kerana ada pimpinan yang melepaskan emosi dalam ucapan rasmi.
“Jika benar ada isu kewangan atau logistik, ia sepatutnya dibincang secara tertutup dalam mesyuarat pimpinan PN, bukannya diumbar di khalayak umum. Kenyataan sebegini hanya membuka ruang kepada musuh politik untuk mentertawakan dan melaga-lagakan kita,” katanya.
Terbaru, langkah Bersatu menamakan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri mendapat reaksi tidak menyenangkan daripada Pas.
Pas menganggap tindakan Bersatu menamakan calon Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung baru-baru ini sebagai melangkau keputusan yang sepatutnya dibuat Majlis Tertinggi PN.
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment