NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Fakharuddin dakwa hubungan Bersatu-Pas retak menanti belah



JOHOR BAHRU – Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Fakharuddin Moslim menyifatkan hubungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas ketika ini sebagai retak menanti belah.

Beliau berkata, ini susulan perebutan jawatan Perdana Menteri antara Bersatu dan Pas yang sedang berlaku ketika ini apabila masing-masing menamakan calon mereka untuk jawatan berkenaan.

“Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sindir Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), katanya parti tu tak ada akar umbi, modal pun tak ada. Takkan hang nak jadi ketua, perli dia.

“Kemudian datang pula, (Tan Sri ) Abdul Hadi Awang (berucap dalam muktamar Pas), siap pesan calon Perdana Menteri Perikatan Nasional (jika menang pilihan raya) mesti bawah 70 tahun.

“Itu terus makan (sindiran tersebut terkena Tan Sri) Muhyiddin (Yassin)… sekarang (Muhyiddin) dah umur 78 tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

Sanusi ketika berucap dalam Muktamar Pas semalam secara bersahaja menegur parti komponen Perikatan Nasional (PN) kerana dianggap banyak bergantung kepada jentera parti dan kewangan Pas untuk bertanding dalam pilihan raya.

Dalam ucapan penggulungannya juga sebagai Naib Presiden Pas dan juga pengarah pilihan raya, Sanusi berkata, ada parti yang mai (datang) bertanding syok saja dan dibantu oleh Pas.

Mengaitkan keadaan itu dengan sasaran memenangi  pilihan raya umum (PRU) akan datang, Sanusi berkata, parti terbabit kemudian dilihat mahu menjadi ‘ketua’ namun gagal menyedari realiti kekurangan yang dialami oleh mereka.

“Kita menghadapi rakan-rakan (dalam PN) yang bergantung kepada peralatan yang kita bayar. Di sini (Kedah), saya fikir di tempat lain sama juga.

“Satu cawangan kita minta RM120,000 untuk satu UPU (unit peti undi). Sebelum ni semua peralatan itu kita bayar, depa mai bertanding syok aja. Habis tu nak jadi ketua? Duit tak dak, jentera tak dak, (harap) kita (Pas) semua,” ujar Sanusi.

Mengulas lanjut, Fakharuddin memerli Muhyiddin yang sebelum ini membuat kenyataan berkenaan kerjasama politik antara parti pembangkang adalah longgar dalam menghadapi PRU nanti.

Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Tenggara itu mendakwa, Muhyiddin sanggup berbuat apa sahaja dalam usaha untuk melawan kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sampai Hindraf dan Ramasamy pun dia sanggup peluk. Bak kata budak Gen Z, Ramasamy pun Ramasamy lah, janji lawan Anwar.

“Itulah wajah sebenar PN, retak menanti belah. Hidup Melayu cuma jadi modal manis mulut, sedap telinga penyokong dengar. Hakikatnya mereka tengah gaduh sakan, semata-mata nak rebut jawatan PM,” katanya. – MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo