KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu lebih berhati-hati meluluskan mana-mana projek pembangunan semula dengan memastikan hanya pemaju yang benar-benar berwibawa dipilih untuk melaksanakan projek berskala besar.
Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, aspek kredibiliti dan kedudukan kewangan pemaju penting untuk diberi perhatian kerana ia menjadi penentu kepada kelancaran sesuatu projek.
“Kita kena tengok aspek ini semua supaya undang-undang kita boleh mengatasi segala-galanya an di mana peranan kerajaan sekiranya kerajaan lulus pemaju, lulus projek ini. Lepas tu half way through developer ini bankrap atau pun tutup gulung tikar. Mana kerajaan punya peranan?
“Sebab tu kena berhati-hati,” katanya yang dipetik dalam temubual khas Podcast Utama Buletin TV3 malam ini.
Menurut Johari, pemilihan pemaju juga perlu mengambil kira kemampuan syarikat untuk menyiapkan projek sama ada unit berjaya dijual atau tidak.
“Sebab tu saya selalu pesan apa-apa nak buat kena pastikan pemaju dan kontraktor kena orang yang ada kredibiliti, ada kedudukan kewangan yang kukuh,” tegasnya.
Johari mengingatkan, kegagalan pemaju menyiapkan projek bukan sahaja memberi kesan kepada kediaman penduduk terlibat malah menjejaskan kelangsungan hidup mereka.
Antara perkara yang dibimbangi adalah bayaran sewa bulanan yang dijanjikan, tidak dapat ditunaikan sekiranya pemaju menghadapi masalah kewangan.
“Yang orang tunggu kalau pemaju itu bankrap, sewa yang dia bagi tiap-tiap bulan pun tak boleh bayar. Macam mana? Penduduk jadi mangsa, hidup mereka terganggu dan akhirnya kerajaan juga dipersalahkan,” katanya lagi.
Johari menambah, aspek itu perlu dalam menjaga kepentingan rakyat dan memastikan kestabilan ekonomi terus terjamin. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment