KUALA LUMPUR – Khalid Abdul Samad sedia berdebat dengan dua bekas Menteri Wilayah Persekutuan (WP), Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Shahidan Kassim serta Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Gahani brhubung isu Kampung Sungai Baru.
Bagaimanapun, Khalid yang juga merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan berkata, perdebatan itu perlu dibuat dengan bersyarat bagi memastikan ia dilaksanakan secara adil dan terkawal.
“Saya nak tahu apa yang dia (Johari) buat sebenarnya sebelum ini masa pilihan raya, jemput debat dia tak hadir mungkin kini dia lebih yakin, tak apa kita akan cari kebenaran untuk satu lawan tiga.
“Dengan syarat debat ini boleh dibuat di mana saya namun perlu dilakukan secara langsung dan moderator pula perlukan seorang yang adil dan neutral,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.
Terdahulu, pengguna media sosial menggesa debat melibatkan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dianjurkan bagi mendedahkan isu sebenar Kampung Sungai Baru.
Sementara itu, Khalid menggesa Johari yang Menteri Perladangan dan Komoditi menarik balik dakwaan bahawa beliau menipu berhubung isu pembangunan Kampung Baru dan Kampung Sungai Baru.
“Saya nak minta tarik balik kenyataan dalam video mengatakan saya menipu (ketika kempen), dakwa saya putar belit dan menipu.
“Selain saya saya tiada pilihan, sama ada awak Menteri Kerajaan Perpaduan, Ahli Parlimen Titiwangsa atau tidak, saya akan ambil tindakan,” ujarnya.
Menurut Khalid, beliau tidak pernah mencampuradukkan isu berkaitan pembangunan Kampung Baru dengan Kampung Sungai Baru seperti yang didakwa Johari sebelum ini. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment