NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MIPP perlu tumpu perkukuh parti sebelum nilai Pas – DHPP



KUALA LUMPUR – Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) menyifatkan Parti Rakyat India Malaysia (MIP) perlu memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan parti itu sebelum membuat penilaian mengenai Pas. 

Ketua Penerangan DHPP Pusat, Dr Balachandran Gopal Krishnan berkata, walaupun pihaknya menghargai kenyataan Presiden MIPP, P Punithan yang mengakui potensi Pas menerajui negara, pandangan itu wajar dibuat dengan pemahaman lebih menyeluruh mengenai realiti politik semasa.

“Untuk memberi pandangan mengenai Pas, seseorang itu perlu terlebih dahulu benar-benar memahami dasar perjuangan Pas, prinsip perjuangannya, sejarah panjangnya, serta pencapaiannya yang telah terbukti,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini. 

Beliau berkata, Pas bukan parti baharu yang masih mencari tapak, sebaliknya ia telah melalui cabaran politik puluhan tahun, sekali gus membuktikan keupayaan mentadbir di peringkat negeri serta membina asas akar umbi yang teguh.

“Berlandaskan prinsip yang konsisten, Pas terus menunjukkan kemampuan mentadbir dengan integriti dan berkhidmat untuk rakyat tanpa mengorbankan dasar perjuangannya,” ujarnya.

Menurutnya, sebelum mengulas tentang hala tuju atau prospek Pas, MIPP sepatutnya terlebih dahulu menilai kedudukan serta kredibiliti parti itu terutama dalam memahami dinamika komponen politik yang disertainya.

Terdahulu, Punithan memberitahu MalaysiaGazette bahawa Pas mempunyai potensi besar untuk menerajui negara pada masa depan berikutan kekuatan sokongan akar umbi. 

Namun, beliau menegaskan, faktor penerimaan masyarakat bukan Melayu akan menjadi penentu sama ada Pas mampu merealisasikan aspirasi itu.

Balachandran menambah, pandangan dari luar tanpa memahami sepenuhnya perjuangan Pas hanya akan menjadi ulasan dari pinggiran dan kurang bernilai.

“Justeru, sebelum membuat penilaian yang terlalu umum, MIPP wajar memastikan ia benar-benar memahami realiti politik semasa dan konteks perjuangan Pas secara menyeluruh.

“Barulah pandangan yang dikemukakan akan lebih bernilai, berwibawa dan tidak sekadar menjadi retorik,” katanya. -MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo