NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DHPP sokong hala tuju baharu politik Pas putus hubungan dengan Bersatu



KUALA LUMPUR –  Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) menyatakan sokongan terhadap hala tuju baharu politik yang dipilih Pas sambil menyifatkan keputusan itu sebagai langkah penting bagi memastikan perjuangan parti terus bergerak secara konsisten berlandaskan prinsip dan kepentingan rakyat.

Ketua Penerangan DHPP Pusat, Dr Balachandran Gopal Krishnan berkata, dalam politik, tidak semua kerjasama dapat dikekalkan selama-lamanya kerana setiap hubungan perlu sentiasa dinilai berdasarkan keserasian matlamat, hala tuju perjuangan serta manfaat yang boleh dibawa kepada rakyat dan negara.

Menurutnya, Pas telah menunjukkan keberanian untuk membuat keputusan yang mungkin sukar dan tidak popular, namun dianggap perlu bagi memastikan parti itu terus mempunyai pendirian yang jelas dalam mendepani cabaran politik semasa.

“Kadangkala kestabilan jangka panjang memerlukan keputusan yang sukar dibuat pada hari ini.

“Apa yang lebih penting ialah Pas tidak pernah berganjak daripada komitmennya untuk melihat wujudnya kesatuan, kestabilan politik dan pentadbiran yang berintegriti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, prinsip tersebut akan terus menjadi panduan utama dalam menentukan sebarang bentuk kerjasama politik yang bakal diterokai parti itu pada masa hadapan.

Balachandran berkata, rakyat Malaysia juga mengharapkan kematangan daripada semua pihak dalam menguruskan perbezaan pandangan dan pendekatan politik.

Menurutnya, perbezaan pendapat adalah perkara biasa dalam sistem demokrasi, namun ia tidak seharusnya membawa kepada permusuhan yang berpanjangan sehingga mengabaikan kepentingan rakyat.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan keputusan yang dibuat Pas sebagai sebahagian daripada proses politik yang dinamik dan perlu dilihat dalam konteks lebih luas.

Katanya, DHPP akan terus memainkan peranan sebagai jambatan yang menghubungkan masyarakat pelbagai kaum dan agama dengan perjuangan Pas.

Selain itu, DHPP juga akan menjelaskan matlamat utama parti itu adalah untuk membawa pentadbiran yang adil, stabil dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Perjalanan politik sentiasa berubah namun nilai integriti, prinsip dan keikhlasan dalam berkhidmat kepada rakyat mesti kekal menjadi keutamaan,” ujarnya. – MalaysiaGazette









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo