NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiada rombakan exco kerana Adun Bersatu sokong kerajaan Kedah, kata Sanusi



PETALING JAYA:
 Tiada rombakan exco akan dilakukan Kedah susulan keputusan PAS menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu, kata Menteri Besar Sanusi Nor.

Beliau berkata, semua wakil rakyat Bersatu yang menggalas jawatan exco akan dikekalkan selagi mereka menyokong pentadbiran kerajaan negeri.

“Semua exco kekal, tiada perubahan selama mereka (exco Bersatu) berpendirian menyokong kerajaan (Kedah),” kata Adun Jeneri kepada FMT.

Sanusi yang juga ketua pengarah pilihan raya PAS mengulas sama ada barisan exco Kedah daripada Bersatu akan dirombak susulan keputusan PAS menghentikan kerjasama dengan parti itu malam tadi, beberapa minggu selepas Presiden Hadi Awang memberi amaran bahawa kesabaran ‘ada batas’.

Tiga wakil Bersatu dilantik sebagai exco bawah kepimpinan Sanusi adalah Adun Bukit Kayu Hitam Halimaton Shaadiah Saad, Adun Kubang Rotan Mohd Salleh Saidin dan Adun Suka Menanti Dzowahir Ab Ghani.

Pada PRN lalu, Perikatan Nasional (PN) memenangi 33 daripada 36 DUN di Kedah, dengan PAS memenangi 21 kerusi, Bersatu (11) dan Gerakan (1).

Berdasarkan kedudukan semasa walaupun tanpa sokongan Bersatu, PAS mampu membentuk kerajaan sendiri di Kedah apabila mempunyai kelebihan 21 Adun.


Sumber | FMT Malaysia






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo