KUALA LUMPUR – Semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Pas tidak menghadapi masalah besar berhubung perbelanjaan pilihan raya.
Bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri ke-8, Marzuki Mohamad mendedahkan, apabila mereka bertanding menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) semua peralatan pilihan raya yang menggunakan logo PN disediakan oleh PN.
“Perbelanjaan PN pula semuanya ditanggung oleh Bersatu. Malah Bersatu juga memberikan sumbangan kewangan yang bukan sedikit kepada Pas.
“Hasilnya, Pas menang 43 kerusi Parlimen iaitu jumlah yang terbesar dalam sejarah Pas sejak 70 tahun berada di persada politik Malaysia,” katanya dalam kenyataan.
Menurut ‘orang kuat’ Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, hakikat bantuan peralatan dan kewangan yang diberikan oleh Bersatu kepada Pas juga diketahui sendiri oleh Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebagai Pengarah Pilihan Raya Pas.
Marzuki berkata demikian mengulas kenyataan Muhammad Sanusi yang juga Naib Presiden Pas yang menyatakan partinya menanggung kos calon rakan-rakannya dalam PN semasa PRU-15 baru-baru ini.
Bagaimanapun Marzuki bersetuju dengan kenyataan Muhammad Sanusi yang dana pilihan raya yang diperlukan untuk satu kawasan Parlimen lebih kurang RM1 juta.
“Jumlah RM1 juta ini bagi saya bare minimum. Kalau serius nak menang pilihan raya jumlahnya mungkin lebih besar.
“Jumlah ini pula bergantung kepada jumlah pengundi, saiz kawasan Parlimen dan keperluan logistik yang berbeza-beza.
“Kalau di Sabah dan Sarawak jumlahnya lebih besar kerana kos logistik yang lebih tinggi,” ujarnya. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment