NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Orang Melayu perlu tolak konsep Malaysian Malaysia dibawa DAP - TGHH



Konsep Malaysian Malaysia dan sekularisme yang diperjuangkan DAP perlu ditolak orang Melayu dan Islam, gesa Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Presiden PAS itu berkata implikasi buruk akan dihadapi orang Melayu dan dan bumiputera sekiranya konsep yang dibawa DAP dalam perjuangan politik mereka itu diterima dengan memberi contoh nasib dialami kaum pribumi di negara lain.

“Konsep ini tidak boleh diterima pakai oleh orang Melayu dan bumiputera sampai bila-bila. Sebarang tindakan menerima konsep ini ibarat merelakan diri mereka untuk menjadi seperti kelompok Red Indian di Amerika Utara, Maori di New Zealand dan Bush People di Australia. Mereka telah dianaktirikan.

“Orang Melayu dan bumiputera ialah keturunan nusantara bangsa asal gugusan Kepulauan Melayu. Orang Melayu dan Bumiputera tidak akan sekali-kali menerima pakai konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP,” katanya dalam tulisan Minda Presiden PAS di akaun Facebooknya.

Hadi berkata, ramai kalangan orang muda Melayu dan bumiputera kabur mengenai konsep tersebut dan terkeliru tentang sejarah tanah air.

“Secara ringkasnya, slogan Malaysian Malaysia mula diuar-uarkan pada awal 60-an oleh mendiang Lee Kuan Yew dan rakan-rakannya di Singapura menerusi Malaysian Solidarity Convention yang dinaungi oleh beberapa buah parti politik.

“Tujuan mereka memperkenalkan konsep itu adalah bagi membantah Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyediakan pelbagai hak keistimewaan kepada orang Melayu dan bumiputera.

“Mereka berpendapat bukan Melayu yang telah diberikan kerakyatan juga berhak memiliki hak keistimewaan yang sama. Ini bererti kedudukan orang bukan Melayu adalah sama taraf dengan orang Melayu dan bumiputera.

“Dalam lain perkataan, semua bangsa, bahasa, agama dan budaya adalah sama,” katanya lagi.

Tegas beliau, Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan beberapa hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera.

Ini termasuk bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam agama Persekutuan, melindungi institusi Melayu, kuota pekerjaan dalam perkhidmatan awam, kuota biasiswa untuk pendidikan, lesen perniagaan dan lain-lain.

“Selepas Singapura keluar dari Malaysia pada tahun 1965, konsep Malaysian Malaysia terus diperjuangkan oleh DAP, parti serpihan Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura sehingga sekarang.

“Itulah sebabnya orang Melayu dan bumiputera sekarang secara terus-menerus menolak konsep ini yang bakal melenyapkan ketuanan Melayu Islam, hak keistimewaan dan kelebihan mereka di bumi asal mereka,” katanya lagi.

Hadi berkata, sebarang langkah untuk melaksanakan konsep yang sangat besar terhadap agama, umat Islam dan tanah airnya.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. The advantages of incorporating Bakyacar into your content strategy are manifold. Increased engagement, improved SEO, and time efficiency are just a few of the benefits reported by users who have embraced this innovative tool.

    ReplyDelete
  2. The led tv market provides customers with a wide selection of products that span a variety of price ranges, sizes, and technologies. In order to make an educated choice, buyers must compare costs and features while taking their budget and unique needs into account

    ReplyDelete
  3. elizavecca cer-100 products are an excellent addition to my hair care regimen; my hair is now smooth and silky! The ceramide-based product repairs and nourishes my hair, making it seem healthy and bright. I'm obsessed with the outcomes!"

    ReplyDelete
  4. Searching for the best crypto wallet uk? This is the place where your search stops! Our technology provides excellent security, an intuitive user interface, and smooth interaction with industry-leading exchanges. Easily and confidently protect your digital assets. Come manage your cryptocurrency portfolio with peace of mind by joining us today.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo