NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gerakan sedia kerjasama semula dengan MCA

Presiden Gerakan Dominic Lau (lima kanan) bersama jentera pilihan raya PN ketika jelajah kempen PRK Kuala Kubu Baharu di Kampung Asam Kumbang hari ini.


HULU SELANGOR: Gerakan sedia menjalinkan kerjasama semula dengan MCA jika sekutu lamanya itu tidak lagi mahu bersama Barisan Nasional (BN).

Presiden Gerakan, Dominic Lau, berkata pihaknya terbuka menerima mana-mana parti berhasrat bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) termasuk MCA, jika mereka boleh menerima ideologi perjuangan gabungan itu.


“Gerakan tak akan campur masalah parti lain, itu hak mereka, tetapi PN mengalu-alukan semua yang setuju dengan ideologi (kami) untuk membela hak rakyat

“Kalau (MCA) boleh terima ideologi PN, Gerakan tak ada masalah untuk kembali bekerjasama dengan mereka,” katanya menambah, kerjasama dengan MCA bukan perkara asing bagi Gerakan dan parti komponen PN.


Beliau berkata demikian kepada FMT selepas menyertai jelajah kempen PRK Kuala Kubu Baharu di Kampung Asam Kumbang.

Terdahulu, MCA memberikan amaran kepada Pengerusi BN Zahid Hamidi supaya tidak membuat keputusan sendiri mengenai rakan kerjasama gabungan itu menjelang PRU16.

Presiden MCA, Wee Ka Siong, berkata banyak keputusan dibuat presiden Umno sebelum ini bersifat sepihak, termasuk hasrat Zahid agar kerjasama BN dengan Pakatan Harapan diteruskan selepas PRU16.

Beliau mengingatkan Zahid, MCA dan MIC masih komponen BN, maka sebarang keputusan perlu dibuat bersama.


Katanya, jika Umno berdegil untuk tetap ‘bercium mulut’ dengan DAP pada PRU16, MCA tidak akan teragak-agak bergerak solo.



Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo