NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PH-BN gagal tunai janji, lantik ahli baharu SPR tanpa semakan Parlimen



PETALING JAYA: Pemantau pilihan raya, Bersih, mengkritik pelantikan ahli baharu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tanpa semakan Parlimen, kerana ia bertentangan dengan janji pilihan raya Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Bersih berkata pelantikan Sapdin Ibrahim menunjukkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kerajaan tidak serius untuk mereformasi SPR.


“Janji ke-15 bagi mengukuhkan integriti institusi di dalam buku Tawaran Harapan PRU15 menyatakan bahawa jawatan utama seperti SPR, SPRM, dan ketua polis negara perlu disemak oleh Parlimen terlebih dahulu.

“Janji yang sama juga dinyatakan di dalam dokumen Perancangan Amal dan Usaha BN, yang merupakan tema manifesto BN PRU15 yang lepas,” katanya dalam kenyataan.


Bersih berkata kerajaan hanya dapat menebus kegagalan dengan segera mengumumkan bahawa lantikan pengerusi SPR baharu akan dilakukan melalui suatu jawatankuasa Parlimen, selepas penyandang, Abdul Ghani Salleh, bersara.

Ia juga mahu keanggotaan jawatankuasa tersebut bersifat dwipartisan, dengan proses dan kriteria pelantikan pengerusi SPR yang jelas.

Tegasnya, pengerusi SPR haruslah tidak mempunyai keahlian dengan mana-mana parti politik dan berpengetahuan dalam perkara berkaitan pilihan raya, serta tidak mempunyai rekod jenayah atau kesalahan pilihan raya yang serius.

“Sekiranya perkara tersebut tidak dilaksanakan, kerajaan dan perdana menteri tidak lagi wajar menjaja perkataan reformasi yang setakat ini hanya seperti menanam tebu di tepi bibir sahaja,” katanya.


Sumber | FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo