NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MFL tolak permohonan SFC, perlawanan Piala Sumbangsih kekal Jumaat

Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC akan bertembung pada perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Jumaat ini. (Gambar Bernama)


PETALING JAYA: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menolak permohonan Selangor FC untuk menunda tarikh perlawanan Piala Sumbangsih melibatkan pasukan itu dan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jumaat ini.

MFL menjelaskan penolakan terhadap permohonan SFC itu selepas polis memberi jaminan keselamatan untuk perlawanan akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.


Menurutnya, Ketua Polis Johor M Kumar telah mengumumkan bahawa seramai 1,500 anggota polis akan dikerah untuk bertugas, termasuk membuat kawalan dan pemeriksaan ketat pada perlawanan itu berbanding hanya 500 anggota pada kebiasaannya.

“Ketua Polis Negara Razarudin Husain dalam kenyataan hari ini turut menyatakan bahawa persediaan keselamatan pegawai dan anggota polis akan dipertingkatkan.

“Justeru dengan persiapan keselamatan dilakukan pihak Polis, MFL membuat keputusan bahawa semua perlawanan Liga Malaysia yang akan berlangsung minggu ini akan jalankan mengikut jadual termasuk Perlawanan Sumbangsih,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, SFC mengesahkan telah menghantar permohonan rasmi kepada MFL bagi mempertimbangkan cadangan menunda tarikh perlawanan Piala Sumbangsih atas alasan ‘faktor keselamatan’.

Permohonan itu menyusul susulan insiden malang menimpa Faisal Halim yang cedera dipercayai disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya, Ahad lalu.

Pemain berusia 26 tahun itu disahkan mengalami kelecuran tahap empat, selain pergerakan dan percakapannya ketika ini turut terbatas berikutan insiden itu.


Ia merupakan kejadian malang kedua menimpa pemain negara selepas Akhyar Rashid apabila pemain pinjaman Terengganu FC itu cedera pada kepala dan kaki selepas diserang dua penyamun di kawasan kediamannya di Kuala Terengganu, Khamis lalu.

Semalam, pemain JDT Safiq Rahim juga diserang dua lelaki bermotosikal, apabila salah seorang suspek menggunakan tukul untuk memecahkan cermin keretanya.

JDT selaku juara bertahan Liga Super kini mengintai mempertahankan Piala Sultan Haji Ahmad Shah buat kali ketujuh berturut-turut, sementara kali terakhir Selangor FC yang muncul naib juara Liga Super musim lepas, menjuarai perlawanan Piala Sumbangsih adalah pada musim 2010.



Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo