NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRK KKB: Tak hilang deposit dianggap suatu kejayaan, kata PRM

Presiden PRM Ahmad Jufliz Faiza (dua dari kiri) berkata, tidak mustahil untuk calon parti itu, Hafizah Zainudin (dua dari kanan), membuat kejutan pada PRK Kuala Kubu Baharu dengan tidak kehilangan deposit.


HULU SELANGOR: Parti Rakyat Malaysia (PRM) mengakui berdepan laluan sukar menentang dua calon utama daripada Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN), namun enggan mengangkat ‘bendera putih’ terlalu awal.

Memasuki gelanggang PRK Kuala Kubu Baharu sebagai parti ‘underdog’, Presiden PRM Ahmad Jufliz Faiza berkata, tidak mustahil untuk calon parti itu, Hafizah Zainudin, membuat kejutan dengan tidak kehilangan deposit.

“Memang mana-mana parti masuk bertanding nak menang, tetapi kalau dapat tak hilang deposit pun satu kejayaan dan menjadi pencetus bahawa PRM masih lagi relevan dan diterima rakyat.

“Kita tidak pernah menang, sasaran kita kena realistik,” katanya pada sidang media pelancaran manifesto sempena PRK Kuala Kubu Baharu.

Pada PRN Selangor Ogos lepas, PRM mempertaruhkan calonnya, Chng Boon Lai, dalam saingan empat penjuru menentang Lee Kee Hiong (PH); Teoh Kien Hong (PN); dan Dr Siva Prakash (Muda).

Bagaimanapun, Chng hilang deposit selepas hanya memperoleh 527 undi.

Antara parti terawal ditubuhkan di negara ini, PRM diasaskan oleh Ahmad Boestamam pada 1955.

Mengulas lanjut, Jufliz berkata, partinya tidak serik untuk bertanding walaupun gagal menang sebarang kerusi pada pilihan raya sejak kebelakangan ini.

Keputusan bertanding dibuat atas asas perjuangan mereka yang ingin membela nasib rakyat, katanya.

“Perjuangan kita ialah mahu tumpu isu bakul ekonomi rakyat yang dihadapi setiap hari … kita mahu memperbetul masalah itu,” katanya.

Dalam manifestonya yang dilancarkan hari ini, PRM menggariskan enam sasaran utama, termasuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pendapatan tanpa riba bagi warga Kuala Kubu Bharu, terutama dalam industri kecil dan sederhana.

Selain itu, PRM juga mahu mewujudkan koperasi komuniti di setiap taman dan kampung; menubuhkan hab teknologi tumbuhan herba; menggalakkan penduduk terbabit eko-pelancongan; mewujudkan pusat khidmat terkesan Covid-19 dan meningkatkan kemudahan prasarana serta meningkatkan peruntukan kebajikan bagi golongan memerlukan.



Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo