NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengurusan kes saman anak Taib Mahmud terhadap ibu tiri 15 Ogos



Mahkamah Tinggi Kuching menetapkan 15 Ogos ini untuk pengurusan kes saman yang difailkan anak ketiga Yang di-Pertua Negeri Sarawak terhadap ibu tirinya, Toh Puan Ragad Kurdi Taib.

Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib turut menamakan RHB Bank Berhad sebagai defendan kedua dalam tuntutan injunksi itu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Alexander Siew How Wai menetapkan tarikh itu selepas sebutan pertama kes itu, hari ini.

Beliau turut mengarahkan kedua-dua pihak supaya mematuhi tarikh untuk memfailkan dan bertukar afidavit seperti yang dipersetujui peguam masing-masing.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk memfailkan pelbagai afidavit sebelum tarikh pengurusan kes dalam prosiding hari ini.

Selain itu, plaintif dan defendan turut berjanji untuk tidak berurusan atau menjual saham seperti yang dinyatakan di dalam penyata tuntutan itu sehingga tarikh perbicaraan seterusnya.

Sulaiman memohon injunksi terhadap Ragad dan bank pelaburan terbabit dipercayai bagi menghalang pemindahan saham daripada sebuah syarikat kepada ibu tirinya itu.

Beliau adalah anak ketiga daripada empat anak Tun Abdul Taib Mahmud hasil perkahwinannya dengan Allahyarhamah Datuk Patinggi Laila Taib.

Abdul Taib berkahwin dengan Ragad pada 18 Disember 2010 iaitu lebih setahun selepas kematian Laila pada 29 April 2009.

Sementara itu, salah seorang daripada enam peguam Ragad, Shankar Ram bercakap kepada media di lobi Kompleks Mahkamah Kuching, hari ini.

“Kami berharap supaya orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini.

Sabar dan tunggu tuntutan balas,” katanya, lapor Harian Metro.

Sulaiman sebagai plaintif diwakili peguam Alvin Chong dan Jonathan Tay.

Ragad, sebagai defendan pertama diwakili oleh peguam Alvin Yong, Shirleen Ong, Wong Chun Ming, Azlina Dahlan, Shankar Ram, Yu Ying Ying dan Russell Lim.

Defendan kedua, RHB Bank Bhd diwakili oleh Tan Kee Heng dan Lesley Ling.


Sumber I Agenda Daily 


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo