NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Projek PSI: Tak perlu debat, semua sibuk PRN – Kon Yeow



BANGI, Ahad – Tiada keperluan untuk menganjurkan debat mengenai isu berkaitan Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) yang mencetus kontroversi susulan bantahan kelulusan projek itu dibangkitkan pelbagai pihak.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, ini kerana kerajaan negeri percaya segala pertikaian dan persoalan yang dibangkitkan mengenai projek itu dianggap sebagai satu proses yang sudah berlalu.

“Kita pandang ke depan, kalau Dominic tidak ambil bahagian dalam proses sebelum ini, saya tidak boleh kata apa-apa kerana proses ini sudah berlalu, mungkin beliau mahu bawa ke mahkamah, itu haknya.

”Tidak ada keperluan untuk berdebat, semua sibuk mahu pilihan raya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri pembukaan Penang Wesak Celebration 2023 hari ini.

Malah, beliau berpendapat pihak yang tidak berpuas hati dengan projek yang menjadi sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan (PIP) Pulau Pinang itu berhak membawa perkara berkenaan ke mahkamah.

Pada Sabtu lalu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang, Datuk Dr. Dominic Lau mencabar Kon Yeow berdebat berhubung isu pembangunan PSI dan Seberang Perai itu dan memberikan Kon Yeow peluang menetapkan tarikh, masa dan lokasi debat.

Sebelum ini, Kon Yeow mengumumkan projek PSI membabitkan pembangunan tiga pulau buatan berkeluasan 1,700 hektar di perairan Permatang Damar Laut berdekatan Bayan Lepas itu telah memperoleh kelulusan EIA daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Menurut Kon Yeow, semua pihak boleh mengambil bahagian dalam mana-mana proses sebelum kelulusan projek PSI itu diperoleh.

”Apa-apa pertikaian, soalan atau jawapan berhubung projek PSI sudah berlalu, malah JAS dan semua agensi teknikal sudah meletakkan syarat, sekiranya kami tidak dapat mematuhi syarat-syarat itu, maka pelan pengurusan Alam Sekitar (EMP) pun tidak akan diluluskan.

”Kalau boleh diluluskan maksudnya projek PSI telah melalui satu penelitian yang rapi oleh semua jabatan, barulah JAS boleh keluarkan keputusan dengan semua syarat dipatuhi,” katanya.

Tambahnya, pada masa ini fokus kerajaan negeri adalah kepada persediaan pelaksanaan projek PSI untuk proses-proses tebus guna laut.

”Minggu akan datang saya akan umumkan apa yang kita cadangkan di dalam PSI khususnya di pulau A, itu adalah fokus kita pada masa ini,” katanya.


Sumber I Tv Pertiwi




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Sekolah vernakular tidak patut wujud – BERJASA



BANGI, Ahad –  Sekolah vernakular tidak perlu diwujudkan kerana ia memberi jurang yang besar antara kaum lain dan tidak membentuk semangat perpaduan di negara ini.

“Tidak perlu, maknanya sekolah Cina dijadikan Sekolah  Kebangsaan Cina dan sekolah India dijadikan Sekolah Kebangsaan India.  Itu tidak perlu yang utamanya kita ada satu sistem yang penting serta  dapat menampung semua bangsa kita belajar satu sistem negara.” 

Itu bait-baik kata Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim ketika mengulas tentang kewujudan sekolah vernakular di negara ini.

Katanya, kewujudan sekolah tersebut telah membentuk jurang yang sangat besar antara perpaduan kaum di negara ini. 

Justeru, Zamani menggesa kerajaan supaya lebih memberi fokus kepada sekolah kebangsaan yang sejak dahulu mengamalkan sistem pendidikan yang dapat menggabungkan seluruh bangsa dan kaum.

Sehubungan itu, beliau turut menyarankan agar kerajaan berusaha untuk melepaskan dan tidak melayan kehendak serta dambaan pihak DAP atau Dhong Zhong yang mahukan sekolah vernakular ini mendapat peruntukan yang berlipat kali ganda berbanding sekolah kebangsaan serta sekolah agama lain di negara ini.

“Lepaskan ikatan dan desakan daripada parti-parti politik khususnya DAP yang bercakap tentang kepentingan sekolah Cina, dan  Dong zhong antara yang aktif. 

“Selain itu, kita tetap memberikan keutamaan, untuk memberikan keselesaan kepada anak-anak, yang berada di sekolah kebangsaan yang sedia ada,” katanya. 

Terdahulu, beliau juga membangkitkan isu keadaan sekolah kebangsaan dan sekolah agama lain yang kurang mendapat perhatian serta peruntukan sewajarnya.

Situasi itu menyebabkan timbul isu-isu prasarana dan kemudahan yang rosak serta daif di seluruh negara. 


Sumber I Tv Pertiwi







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

‘BN-PH boleh cerai bila-bila masa’, PAS nafi rancang tumbang kerajaan Perak

Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria mendakwa tuntutan DAP tidak dapat dipenuhi Umno-BN kerana perbezaan perjuangan. (Gambar Facebook)




PETALING JAYA: Tiada keperluan bagi PAS merancang menumbangkan kerajaan perpaduan di Perak memandangkan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) boleh “bercerai” pada bila-bila masa.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, berkata kesan daripada “kahwin paksa” itu sudah tentu tidak mampu memuaskan hati semua Adun kedua-dua parti yang membentuk kerajaan negeri.

“Mungkin ada antara mereka (Adun) yang mungkin rasa tidak berpuas hati dari segi pembahagian jawatan seperti exco kerana jawatan itu terhad.

“Walaupun kita melihat kerajaan negeri ini seolah-olah ‘perkahwinan secara paksa’, namun kita tiada ke arah usaha itu (gerakan menumbangkan kerajaan negeri),” katanya menurut Utusan Malaysia.

Katanya, ikatan antara BN-PH boleh tumbang mengambil kira perbezaan perjuangan dua gabungan itu.

“Namun, apabila ‘kahwin paksa’ ibaratnya pada bila-bila masa pun boleh bercerai, memandangkan perjuangan mereka tidak sama dan terlihat seolah-olah tuntutan-tuntutan daripada parti DAP tidak dapat dipenuhi oleh Umno-BN,” katanya.

Selepas PRU15, kerajaan Perak ditubuhkan dengan gabungan 24 Adun PH bersama sembilan Adun BN yang membentuk majoriti 33 kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) menang 26 kerusi DUN.

DUN Perak mempunyai 59 kerusi, memerlukan sekurang-kurangnya 30 kerusi untuk mana-mana parti politik meraih majoriti mudah.


Sumber I FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

KJ tiada dalam senarai calon PRN PAS Selangor



PETALING JAYA: PAS Selangor mengesahkan nama bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tiada dalam senarai calon parti itu pada PRN nanti.

Setiausahanya Roslan Shahir berkata pihaknya hanya menyenaraikan dan mempertimbangkan individu berasal dari Selangor sebagai calonnya.

Terdahulu, beliau dipetik berkata nama bekas menteri besar Perlis Shahidan Kassim yang juga Ahli Parlimen Arau juga tiada dalam senarai calon PAS untuk PRN Selangor.

“PAS Selangor sudah kenal pasti calon yang akan bertanding dalam PRN nanti, tetapi nama mereka (Shahidan dan Khairy) tidak dibincangkan,” katanya menurut Berita Harian.

Menurut Roslan, tiada perbincangan juga dilakukan berhubung perkara itu antara PAS dan Perikatan Nasional (PN).

Khairy yang juga bekas menteri kesihatan dipecat Umno pada 23 Jan lalu dan tewas di kerusi Parlimen Sungai Buloh pada PRU15.

Shahidan pula bertanding atas tiket PN selepas digugurkan sebagai calon Barisan Nasional pada pilihan raya umum itu.


Sumber | FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Noh sah tanding tiket PN di Selangor



PETALING JAYA: Noh Omar mengesahkan akan bertanding PRN Selangor mewakili Perikatan Nasional (PN).

Bekas ketua Umno Selangor itu berkata, sebagai individu yang “sebati” dengan politik, beliau enggan sekadar menjadi penonton.

“Saya sudah sebati dengan politik. Saya bukan penonton, saya mesti terbabit sama dalam pertandingan politik.

“Jika pasukan dahulu (Umno), selepas saya berkhidmat 30 tahun tendang saya, takkan saya jadi tukang sorak sahaja,” katanya menurut Berita Harian.

Bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu menggambarkan dirinya seperti “pemain bola sepak” yang akan berpindah ke pasukan lain selepas disingkir pasukan asal.

Pada Januari lalu, Noh disingkir Umno selepas memohon dipecat berbanding hukuman asalnya iaitu penggantungan selama enam tahun.

Permintaan untuk dipecat dipersetujui Presiden Umno Zahid Hamidi.

Terdahulu, dilaporkan anak Noh, Nurul Syazwani akan bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Tanjong Karang bawah tiket Bersatu.

Nurul kini ketua srikandi muda di Tanjong Karang, menyertai Bersatu selepas bapanya dipecat awal tahun ini.

Noh berkata, beliau memahami kekecewaan anaknya terhadap Umno dan tidak menghalang niat Syazwani bertanding dalam PRN membawa cabaran PN.

“Sebagai bapa, sudah tentu saya akan turun berkempen untuknya jika benar dicalonkan bertanding dalam PRN Selangor nanti,” katanya.


Sumber I FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

UMNO ugut putus hubungan politik dengan Amanah di Kelantan



Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad dinasihatkan supaya tidak lagi berfikiran seperti pembangkang apabila membuat kenyataan kontroversi membantah permohonan pengampunan kepada Najib Razak.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata Khalid sepatutnya bertemu dengannya sendiri bagi mendapatkan penjelasan berhubung keputusan parti itu memohon pengampunan terhadap bekas perdana menteri itu.

“Saya harap individu itu (Khalid) dapat membezakan pendapat peribadi beliau dengan pendirian parti keseluruhan, bagi saya beliau harus belajar menghormati rakan-rakan parti lain dalam komponen kerajaan perpaduan, jangan masih mempunyai tangapan bahawa seolah-opah beliau sebagai individu berada di dalam kepomponen pemikiran pembangkang.

“Lupakan soal perbezaan ini dan jumpa dengan saya sendiri untuk mendapatkan pengesahkan bagaimana pendirian parti saya, Umno terhadap isu yang dibangkitkan, jangan hanya membaca apa yang tersurat, lihat apa tersirat,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri timbalan perdana menteri di Seri Satria, Putrajaya.

Zahid juga diminta mengulas, amaran Umno Kelantan supaya parti itu mempertimbangkan untuk memutuskan kerjasama dengan Amanah negeri itu sekiranya Khalid tidak menarik balik kenyataannya.

Kata presiden Umno, dia telah mengadakan pertemuan bersama kepimpinan Kelantan dan perkara berkenaan akan diselesaikan secara baik.

“Saya telah bertemu dengan, pengerusi dan timbalan pengerusi Umno Kelantan dimana reaksi itu timbul kerana mereka merasakan bahawa ada jawapan yang perlu diberikan dan mereka juga mewakili parti.

“Namun, saya memberi tahu agar kita selesaikan dengan cara baik dan tak ada lagi isu dikeluarkan mana-maja pihak dan kita harmonikan keadaan ini semula,” katanya.

Sebelum ini, Khalid yang juga pengarah komunikasi Amanah berkata pihaknya merayu agar permohonan pengampunan terhadap bekas presiden Umno itu ditolak.

Kenyataan Khalid itu mendapat kritikan pemimpin Umno, termasuk ugutan memutuskan hubungan kerjasama politik di Kelantan.


Sumber I Malaysiakini 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Projek PSI masih tetap diteruskan, beri masa sebulan tempoh rayuan jika terkesan projek PSI

Nik Nazmi



SHAH ALAM - Pihak yang terkesan dengan Projek Pulau Pinang Selatan yang membabitkan penambakan laut secara besar-besaran boleh membuat rayuan dalam tempoh 30 hari.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, 30 hari tersebut bermula daripada tarikh laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dikeluarkan.

“Pihak yang terkesan masih ada sebulan untuk membuat rayuan dalam masa 30 hari daripada tarikh laporan EIA dikeluarkan,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau berkata demikian bagi mengulas terdapat beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang menentang keputusan tersebut diluluskan.

EIA bagi Projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI) PSI diluluskan JAS dengan 71 syarat yang perlu dipatuhi menerusi surat kepada kerajaan Pulau Pinang, bertarikh 11 April lalu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, beberapa proses perlu dilalui terlebih dahulu selain menjelaskan kerja tambakan hanya akan dimulakan pada suku ketiga 2023.

PSI tersebut membabitkan pembangunan tiga pulau buatan dengan keluasan 1,700 hektar di perairan Permatang Damar Laut, dekat Bayan Lepas.

Bagaimanapun, kelulusan tersebut mendapat tentangan NGO dengan mengatakan bahawa ia adalah satu keputusan yang kejam dan akan memberi kesan buruk kepada alam sekitar serta manusia di kawasan terbabit.

Pengerusi Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), Hafizudin Nasarudin berkata, projek itu akan menjejaskan kawasan penempatan nelayan tempatan di situ dan memusnahkan habitat hidupan laut.


Sumber I Sinar Harian 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Annuar musa, Tun M bergabung?



SHAH ALAM - Presiden Pertubuhan Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa memberi gambaran akan mewujudkan kerjasama politik dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad susulan pertemuan kedua-dua mereka yang berlangsung pada Ahad.

Menerusi hantaran di Facebook, Annuar berkata, beliau bersama Dr Mahathir sepakat untuk terus berikhtiar mengukuhkan Muafakat dan Perpaduan orang Melayu dan Bumiputera di negara ini.

"Kami sepakat untuk terus berikhtiar mengukuhkan muafakat dan perpaduan orang Melayu dan Bumiputera serta memastikan muafakat orang Melayu dan Bumiputera kembali menjadi teras politik dan pentadbiran negara.

"Selain itu amatlah penting kita menyuburkan muafakat bagi mengurus negara kita yang berbilang bangsa dan agama ini dengan baik, seperti mana Tun pernah lakukan sekian lama sebagai Perdana Menteri," katanya.

Jelas Annuar, pertemuan yang berlangsung di kediaman Dr Mahathir itu membincangkan mengenai politik khususnya soal masa depan orang Melayu dan Bumiputera di Malaysia serta hal ehwal semasa politik negara.

"Sejak dulu Tun begitu passionate bila bercakap tentang orang Melayu. 


"Walaupun saya dan Tun sering berbeza pendapat dan haluan politik, namun saya amat kagumi kepimpinan Tun yang begitu banyak membawa impak dan amat berjasa pada negara. Kebijaksanaannya serta ketajaman pemikirannya kekal hingga sekarang," katanya.

Sinar Harian pada Februari lalu melaporkan Annuar memberitahu, akan menyertai salah satu daripada tiga parti yang pernah membuat tawaran sebelum ini.

Baru-baru ini pula Annuar memaklumkan kepada media agar tunggu selepas beliau habis puasa enam ketika diminta mengulas mengenai hala tuju politiknya.


Sumber I Sinar Harian 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Pemimpin Amanah berhak beri pandangan namun mesti tunduk keputusan parti



KUALA LUMPUR – Pemimpin Amanah berhak untuk menyuarakan apa-apa pandangan namun mereka terikat dengan keputusan parti.

Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu berkata,
setiap individu mempunyai kebebasan untuk memberikan pandangan sebagaimana hak yang diberikan dalam perlembagaan.

Pun begitu beliau menegaskan, dalam konteks organisasi pandangan individu tidak mewakili organisasi atau parti.

Melainkan pandangan berkenaan adalah keputusan rasmi yang diputuskan dalam mesyuarat parti tersebut.

“Parti Amanah Negara, PKR atau DAP yang bergabung di dalam Pakatan Harapan tertakluk kepada keputusan Pakatan Harapan yang perlu diutamakan jika bercanggah dengan keputusan parti.

“Begitu juga dalam konteks Kerajaan Perpaduan yang terbentuk hari ini, keputusan di peringkat gabungan kerajaan Perpaduan mengatasi keputusan parti-parti atau pakatan politik masing-masing dan ianya perlu diutamakan.

“Pemimpin Amanah berhak menyuarakan pandangan, tetapi mereka terikat dengan keputusan parti. Inilah ‘normal practice’ dalam mana-mana organisasi,” kata Mohamad.

Kenyataan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu hadir selepas kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abd Samad mengenai pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak mengundang kemarahan pemimpin UMNO.

Mohamad menegaskan, semua pihak perlu menghormati sebarang keputusan yang buat oleh Yang di-Pertua Agong mengenai pengampunan diraja itu.

“Dalam kes yang melibatkan bekas Perdana Menteri keenam Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, kuasa tertinggi yang mempunyai hak untuk membuat keputusan adalah Yang di-Pertuan Agong.

“Maka semua pihak perlu menghormati sebarang keputusan Yang di-Pertuan Agong.

“Walaubagaimanapun, semua pihak yang menyuarakan pandangan dalam isu ini sayang kepada Kerajaan Perpaduan dan Kerajaan Perpaduan perlu memberi fokus kepada khidmat kepada rakyat sebagaimana yang diamanahkan,” kata Mohamad.

Khalid sebelum ini merayu kepada Yang di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan agar menolak permohonan Najib.

Khalid berkata, Amanah berpendirian, hanya dengan cara itu sahaja nama baik negara dan komitmen untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa dapat dijaga.

Katanya, AMANAH berpandangan, pengampunan kepada Najib akan menghantar mesej yang sangat tidak baik kepada rakyat, sistem keadilan negara negara ini dan juga kepada seluruh dunia berhubung sikap dan pendirian kita terhadap rasuah dan salah guna kuasa.

Ia akan merosakkan imej dasar Membangun Malaysia Madani yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenyataan balas kemuadiannya dikeluarkan oleh beberapa pemimpin UMNO termasuk Ahli Majlis Kerja Tertinggi Datuk Dr. Puad Zarkashi yang menyifatkan Amanah sebagai parti ‘kawan makan kawan’.

Menurutnya, desakan yang dilakukan Khalid menyebabkan Amanah hanya layak menjadi kawan dan bukan sebagai sahabat dalam perjuangan.-MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

© all rights reserved
made with by templateszoo