NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘BN-PH boleh cerai bila-bila masa’, PAS nafi rancang tumbang kerajaan Perak

Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria mendakwa tuntutan DAP tidak dapat dipenuhi Umno-BN kerana perbezaan perjuangan. (Gambar Facebook)




PETALING JAYA: Tiada keperluan bagi PAS merancang menumbangkan kerajaan perpaduan di Perak memandangkan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) boleh “bercerai” pada bila-bila masa.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, berkata kesan daripada “kahwin paksa” itu sudah tentu tidak mampu memuaskan hati semua Adun kedua-dua parti yang membentuk kerajaan negeri.

“Mungkin ada antara mereka (Adun) yang mungkin rasa tidak berpuas hati dari segi pembahagian jawatan seperti exco kerana jawatan itu terhad.

“Walaupun kita melihat kerajaan negeri ini seolah-olah ‘perkahwinan secara paksa’, namun kita tiada ke arah usaha itu (gerakan menumbangkan kerajaan negeri),” katanya menurut Utusan Malaysia.

Katanya, ikatan antara BN-PH boleh tumbang mengambil kira perbezaan perjuangan dua gabungan itu.

“Namun, apabila ‘kahwin paksa’ ibaratnya pada bila-bila masa pun boleh bercerai, memandangkan perjuangan mereka tidak sama dan terlihat seolah-olah tuntutan-tuntutan daripada parti DAP tidak dapat dipenuhi oleh Umno-BN,” katanya.

Selepas PRU15, kerajaan Perak ditubuhkan dengan gabungan 24 Adun PH bersama sembilan Adun BN yang membentuk majoriti 33 kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) menang 26 kerusi DUN.

DUN Perak mempunyai 59 kerusi, memerlukan sekurang-kurangnya 30 kerusi untuk mana-mana parti politik meraih majoriti mudah.


Sumber I FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. Umno dah berakhir era dia, macam golkar di jawa, macam congress di kalingga, dll.
    orang tua² cakap umno akan dipimpin oleh "r.a.h.m.a.n" dlm awalan nama² ketuanya dan menjadi pm, dengan itu ianya telah berakhir dengan najib, ismail bukan ketua umno dan bukan umno yg memerentah semasa dia jadi pm haritu., jadi ramalan & firasat tentang teori "rahman" itu setidak2nya telah menjadi bahan sejarah.
    jadi elok juga mana2 pemimpin dan bekas pemimpin umno mencari rumah baru untuk berteduh, menyambung karier, dan bukan meratap mendungu di teratak tua bernama umno yg bakal roboh dalam jangka waktu yg napaknya semakin dekat., samada pengikut serta peminat umno suka tau tak suka dengar firasat ramalan nih, itu tidak bakal menyakat proses pelupusan umno yg sedang berlaku, indikasinya macam tu.
    Umno ni adalah bagai orang tua yg berpenyakit kronik yg masih merasa ego dgn konon mempunyai lima enam juta ahli berwujud) ??
    sedar tak sedar umno telah menjadi lebih lemah dari parti kuda tunggangan dapigs makala wak umno pula sudah menjadi keldai bagi pkr dan dapigs dan parti pan, ...

    sadis.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo