NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Noh sah tanding tiket PN di Selangor



PETALING JAYA: Noh Omar mengesahkan akan bertanding PRN Selangor mewakili Perikatan Nasional (PN).

Bekas ketua Umno Selangor itu berkata, sebagai individu yang “sebati” dengan politik, beliau enggan sekadar menjadi penonton.

“Saya sudah sebati dengan politik. Saya bukan penonton, saya mesti terbabit sama dalam pertandingan politik.

“Jika pasukan dahulu (Umno), selepas saya berkhidmat 30 tahun tendang saya, takkan saya jadi tukang sorak sahaja,” katanya menurut Berita Harian.

Bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu menggambarkan dirinya seperti “pemain bola sepak” yang akan berpindah ke pasukan lain selepas disingkir pasukan asal.

Pada Januari lalu, Noh disingkir Umno selepas memohon dipecat berbanding hukuman asalnya iaitu penggantungan selama enam tahun.

Permintaan untuk dipecat dipersetujui Presiden Umno Zahid Hamidi.

Terdahulu, dilaporkan anak Noh, Nurul Syazwani akan bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Tanjong Karang bawah tiket Bersatu.

Nurul kini ketua srikandi muda di Tanjong Karang, menyertai Bersatu selepas bapanya dipecat awal tahun ini.

Noh berkata, beliau memahami kekecewaan anaknya terhadap Umno dan tidak menghalang niat Syazwani bertanding dalam PRN membawa cabaran PN.

“Sebagai bapa, sudah tentu saya akan turun berkempen untuknya jika benar dicalonkan bertanding dalam PRN Selangor nanti,” katanya.


Sumber I FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo