NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Murid di Nabawan guna rakit, bergantung di tali untuk ke sekolah

Murid terpaksa menyeberang sungai dengan menggunakan rakit dan 'zip line' untuk ke sekolah


NABAWAN: Aktiviti berakit dan menaiki bakul yang bergantung pada tali untuk menyeberang sungai menjadi rutin harian murid di daerah ini sebagai pengangkutan ke sekolah.\

Kira-kira 33 murid sekolah dari Kampung Nangkawangan di sini terpaksa menggunakan peralatan terbabit untuk pergi ke sekolah.

Sukarelawan yang mewakili penduduk kampung berkenaan Zazila Roslan berkata, sejak dilanda banjir pada Mac lepas, banyak jambatan di kawasan terbabit runtuh sehingga menjejaskan hampir semua penduduk di beberapa kampung.

"Ada guru dari pekan Nabawan berjalan kaki selama 18 jam untuk ke sekolah, pesakit melepaskan temu janji rawatan perubatan mereka, ada wanita terpaksa melahirkan bayinya seorang diri, dan sekarang saya berkongsi kisah ini mengenai kanak-kanak yang mempertaruhkan nyawa mereka untuk pendidikan.

"Penduduk di sini mahu suara mereka didengar tetapi mereka tidak tahu bagaimana dan ke mana hendak disalurkan,” katanya yang bertindak menghulurkan kutipan derma untuk penduduk kampung di kawasan itu baru-baru ini.

Zazila turut mengetengahkan kisah guru-guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pangaraan dekat sini yang terpaksa berjalan kaki selama 18 jam di jalan berlumpur sejauh 30 kilometer untuk memberi pendidikan kepada murid-murid.

Malah jelasnya, terdapat banyak cerita yang tidak terkata di daerah ini yang turut sama sedang berlaku di banyak daerah lain di Sabah.

"Saya dimaklumkan murid-murid SK Layon, bersebelahan Kampung Nangkawangan turut berulang-alik ke sekolah rendah dengan menaiki rakit buluh.

"Seorang ahli politik baru-baru ini mengeluarkan kenyataan akhbar mengatakan beliau sudah menyediakan bot sebagai langkah sementara untuk penduduk kampung menyeberangi sungai.

"Tetapi setakat jam 2 petang hari ini (28 April), saya diberitahu tiada satu bot pun di kawasan itu,” tegasnya.

Sebelum ini, FMT melaporkan Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup maklum mengenai situasi terbabit.

Arthur menjelaskan sudah bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memaklumkan berhubung isu itu dan beliau meluluskan dana kecemasan.

Beliau dipetik berkata, pegawai teknikal dari Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan pejabat daerah turut melawat lokasi berkenaan dua hari lepas dan mula membuat laporan yang diperlukan.

Pihaknya juga akan akan berbincang dengan masyarakat setempat mengenai keperluan yang boleh dilakukan kerajaan untuk membantu pengangkutan pelajar sekolah dengan cara yang selamat.


Sumber | Utusan Borneo






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo