NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ku Li jumpa Amanah Kelantan di luar pengetahuan UMNO


KUALA NERANG
- Tindakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengadakan perbincangan bersama pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan baru-baru ini adalah di luar pengetahuan parti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tindakan pemimpin veteran tersebut yang mengadakan pertemuan dengan parti pembangkang itu hanya diketahui melalui media massa.

"Kita tidak mendapat maklumat tentang pertemuan Ku Li dari parti. Ku Li mungkin bertindak seorang diri sahaja. Kita daripada parti (kepimpinan UMNO), kita tidak tahu apa beliau buat.

"Cuma kita dapat tahu (pertemuan Tengku Razaleigh dan Amanah Kelantan) dalam media sahaja apa yang beliau buat," katanya pada sidang akhbar di Kuala Nerang pada Jumaat mengulas laporan sebuah portal berhubung perbincangan awal pemimpin veteran UMNO tersebut bersama Amanah Kelantan.

Beliau berkata demikian selepas Program Bubur lambuk Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) di hadapan Masjid Tengku Sarafudin Badlishah, dekat sini.
Mahdzir (dua dari kiri) menyerahkan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya sempena Program Bubur lambuk Kementerian Pembangunan Luar Bandar di Kuala Nerang pada Jumaat.
Mahdzir (dua dari kiri) menyerahkan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya sempena Program Bubur lambuk Kementerian Pembangunan Luar Bandar di Kuala Nerang pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Mahdzir menjelaskan, buat masa ini beliau melihat pertemuan tersebut tidak akan memberi kesan kepada UMNO.

"Saya tak fikir akan menjejaskan apa-apa (kepada parti) sebab kita tidak tahu apa (tujuan) yang dia mahu buat.

"Saya kira (UMNO) kena ambil tangunggungjawab kalau benar apa yang dilakukan (Tengku Razaleigh) itu salah di sisi parti," ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan Tengku Razaleigh Hamzah mengadakan pertemuan dengan pimpinan Amanah yang diketuai Pengerusi Amanah Kelantan, Muhammad Hussin di Kota Bharu.

Hadir sama bekas Pengerusi Amanah Kelantan, Wan Abd Rahim Wan Abdullah; Ketua Pemuda Amanah negeri, Hazmi Hassan dan barisan anggota jawatankuasa Amanah negeri.

Timbalan Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed dalam satu tulisan di Facebooknya memberi gambaran satu usaha sedang digerakkan untuk menggabungkan pelbagai parti, pertubuhan bukan kerajaan dan anak-anak Kelantan yang berkebolehan untuk menawarkan satu kerajaan alternatif kepada rakyat Kelantan selain kerajaan Pas.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo