NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

SATU sedia hadapi peningkatan penggunaan air pada Aidilfitri



KUALA TERENGGANU, 29 April – Syarikat Air Terengganu (SATU) siap sedia bagi menghadapi peningkatan penggunaan air di empat daerah di Terengganu pada Aidilfitri nanti susulan kepulangan perantau ke negeri terbabit.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU), Ts Abdul Karim Endut berkata, semua pengguna tidak perlu khuatir dengan isu itu kerana pihaknya sudah merangka beberapa strategi bagi mengelakkan berlaku gangguan bekalan.

Katanya, timbul kegusaran dalam kalangan masyarakat ekoran terdapat salah faham pada laporan berita sebelum ini.

"Isunya adalah peningkatan penggunaan air sekurang-kurangnya 10 peratus daripada penggunaan biasa, ini normal apabila orang ramai tertumpu di sesuatu kawasan.

"SATU menjangkakan itu berlaku, jadi kami sudah bersedia melaksanakan beberapa langkah bagi mengelakkan bekalan air terjejas dan mengganggu rutin penduduk, ini sebenarnya yang dimaksudkan," katanya ketika ditemui UPDI di pejabat SATU semalam.

Mengulas lanjut, Abdul Karim menjelaskan antara langkah akan diambil ialah melaksanakan agihan bekalan air berjadual bagi memastikan pengguna tidak terganggu dengan ketiadaan air semasa hari raya.

“Penutupan aliran keluar air di tangki utama bermula jam 12 tengah malam hingga 4.30 pagi juga sedang dilakukan untuk meningkatkan paras air di dalam tangki bagi penggunaan di siang hari terutamanya pada waktu puncak.

“Langkah ini mengambil kira berlakunya peningkatan penggunaan air pada hari sambutan perayaan berikutan ramai perantau pulang ke kampung,” ujarnya.


Jelasnya lagi, SATU turut bersedia dengan 100 tangki air statik di lokasi strategik seluruh negeri serta enam buah lori tangki sekiranya berlaku gangguan luar jangka.

“Agihan air bersih dari loji rawatan air kepada seluruh pemilik akaun beroperasi seperti biasa dan pekerja operasi SATU akan sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga.

“Dalam kesempatan ini juga saya menyeru kepada semua penduduk agar menggunakan air dengan berhemah,” ujarnya lagi.

Pihaknya kini melaksanakan agihan bekalan air secara berjadual di beberapa kawasan di daerah Marang, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu.

Beliau juga berharap agar rakyat Terengganu boleh memuat turun aplikasi MySATU bagi mendapatkan maklumat notis Gangguan Bekalan Air secara pantas dan terus.

Untuk rekod, antara negeri yang turut menyuarakan isu peningkatan penggunaan air pada Aidilfitri nanti ialah Pahang, Negeri Sembilan dan Kedah.

Sumber | TRDI.my






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo