PRK N58 Slim: Berebut Untuk Kalah?


Sukar untuk difahami mengapa PKR dan BERSATU (HITAM) berebut mahu meletakkan calon dalam PRK N58 Slim bila:

(1) BERSATU bukan lagi sebahagian daripada Pakatan Harapan,

(2) Pakatan Harapan sepatutnya diwakili oleh calon AMANAH (atas dasar bahawa pembangkang sebelum ini diwakili oleh calon PAS).

(3) Calon Pakatan Harapan hampir tiada peluang untuk menang (atas dasar bahawa UMNO, PAS dan BERSATU kini sudah bergabung).

KEPUTUSAN UNDIAN DI N58 SLIM DALAM 4 PRU TERDAHULU

PRU 2004

DATO' MOHD KHUSAIRI BIN ABDUL TALIB (UMNO): 8,318
MOHD TARMIZI BIN AB RAHMAN (PAS): 3,443
MAJORITI: 4,875

PRU 2008

DATO' MOHD KHUSAIRI BIN ABDUL TALIB (UMNO): 8,233
ZULQARNAIN BIN HASSAN (PAS): 4,707
MAJORITI: 3,526

PRU 2013

DATO' MOHD KHUSAIRI BIN ABDUL TALIB (UMNO): 11,152
AMINUDDIN BIN ZULKIPLI (PAS): 7,299
MAJORITI: 3,853

PRU 2018

DATO' MOHD KHUSAIRI BIN ABDUL TALIB (UMNO): 8,327
MOHD AMRAN BIN IBRAHIM (BERSATU): 6,144
ZULFADLI BIN ZAINAL (PAS): 4,103
MAJORITI: 2,183

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post