NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Berpolitik biar menguntungkan Islam



1. Golongan kufur walaupun tidak ada kitab suci, masih reti tujuan berpolitik. Dalam masa 22 bulan, apa sahaja yang menguntungkan bangsa dan anutan mereka dijadikan agenda utama. Sijil UEC, tulisan Cina, sejarah komunis, perjuangan LTTE, dana pendidikan, gerakan kristianisasi dan kerakyatan serta IC palsu adalah sebahagian dari siri mengangkat kepentingan bangsa. Yang mana sebelum ini tenggelam, ditimbulkan. Yang sebelum ini terhalang, diberi laluan. Dan yang sebelum ini nampak merempat, diberi peruntukan.

2. Baik orang Melayu Islam PAS,UMNO, PKR, PAN atau BERSATU, semuanya mewarisi kitab suci yang satu. Malangnya, apabila berpolitik kitab suci seolah-olah tidak ada peranan. Masing-masing ada motif dan idealisme sendiri yang asing daripada Islam. Malah, tidak kurang juga yang beramal dengan politik perut dan politik dendam. Yang sudah memiliki harta berbilion , masih rasa tak cukup. Perlu lagi kuasa politik untuk memukat segala khazanah negara. Politikus seperti ini sanggup berbohong, bermuka-muka di depan rakyat. Yang menurut di belakang pula, merembat apa yang sempat.

3. Politik perut dan politik dendam adalah politik keji. Politik fitnah mencipta persepsi. Bila berhujah, ditegakkan benang yang basah. Kebenaran berpartisipasi dengan nafsu sendiri. Malah bangsa sendiri sanggup dikhianati. Halal dan haram bukan pertimbangan. Dosa dan neraka ditolak tepi. Benarlah sabda Baginda Rasulullah s.a.w.

“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar, dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah, dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan ‘Ruwaibidhah’. Sahabat bertanya, ‘Apakah Ruwaibidhah wahai Rasulullah?’ Nabi menjawab, ‘Orang bodoh yang bercakap mengenai urusan orang ramai.”

4. Politik atau siasah ini adalah satu juzuk penting dalam Islam. Golongan kufur yang tak ada kitab suci tadi pun tahu matlamat berpolitik. Takkan kita yang ada kitab suci anugerah Ilahi pakai langgar saja ikut suka ikut selera. Qudwah kita, Rasulullah s.a.w. berpolitik hingga terbentuk sebuah negara. Dengan bernegara, Baginda dapat melaksanakan Islam dengannya. Manakala Khalifah ar-Rasyidin berpolitik menebar Islam hingga menguasai dua pertiga dunia. Maka janganlah kita berpolitik gila; menjual kepentingan bangsa dan agama demi mendapat redha pengisi neraka. Allah berfirman dalam surah an-Nisa’ ayat 139,

“Adakah mereka ingin mencari kemuliaan di sisi mereka (orang-orang kafir) walhal semua kemuliaan itu milik Allah?”

5. Berpolitiklah ikut acuan Islam. Berpolitiklah untuk mencapai cita-cita agama dan arahan Tuhan. Ikutlah syarat yang jelas kiblatnya. Pendek kata, berpolitiklah demi Islam. Berpolitik biarlah menguntungkan agama dan bangsa. Bukan pakai kepala otak semata-mata. Dendam kesumat beraja di di hati bersultan di mata. Bersekongkol pula dengan kafir yang dilaknat. Hingga terpacul kata-kata; kafir yang baik, muslim yang jahat.

6. Tak berbaloilah beramal dengan politik perut, politik kesumat. Kedua-duanya politik sesat. Tak akan ketemu jalan ke akhirat. Bijaklah setara mana; pandai berdebat, menipu musibat. Tetap bertemu ajal dan maut. Rebahkah nanti di pintu taubat? Sedang fitnah yang ditular tak mampu lagi dikawal disekat.

Allah berfirman dalam surah Ali Imran, ayat 104:
“Dan hendaklah ada di antara kalian segolongan umat yang mengajak pada kebajikan (Islam), memerintahkan yang makruf dan mencegah kemungkaran. Merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan.”
Demikian teras panduan dan peranan politik yang digariskan oleh al-Quran untuk diamalkan.

BayangDiAir
30/6/2020

#NekadBersamaIslam
#BerpolitikBiarMenguntungkanIslam
#MAMPUCentre
Image may contain: 25 people, crowd

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo