Masjid-masjid telah dibenarkan menunaikan solat Jumaat secara berperingkat dengan mematuhi SOP yang ditetapkan tetapi masih belum mampu menampung bilangan lelaki yang wajib menunaikan solat Jumaat. - Gambar hiasan
IPOH: Tiada lagi alasan untuk masih cuai dan meremehkan solat Jumaat tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh syarak, tegas Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim.
Katanya, masjid-masjid dan surau telah dibenarkan menunaikan solat Jumaat secara berperingkat setelah mengambil kira perkembangan terkini dan nasihat dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Jelasnya, isu pandemik Covid-19 sebagai salah satu keuzuran yang dibenarkan oleh syarak bagi sebahagian besar lelaki Muslim untuk tidak menunaikan solat Jumaat untuk beberapa minggu lalu.
Bagaimanapun, situasi telahpun berubah apabila surau-surau yang didaftarkan di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dibenarkan untuk melaksanakan solat Jumaat mulai 10 Julai ini.
"Jangan sampai ada dalam kalangan lelaki-lelaki Muslim berasa 'lazat' untuk berterus-terusan meninggalkan solat Jumaat sewenang-wenangnya begitu sahaja.
"Masjid-masjid telah dibenarkan menunaikan solat Jumaat secara berperingkat dengan mematuhi SOP yang ditetapkan tetapi masih belum mampu menampung bilangan lelaki yang wajib menunaikan solat Jumaat.
"Antara kecuaian itu seperti sengaja tidak pergi solat Jumaat walaupun nama tersenarai dalam giliran; dan sengaja memberikan giliran solat Jumaat kepada orang lain sedangkan tiada keuzuran syarak untuk dirinya," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Katanya, lagi kecuaian itu termasuk tidak berusaha memaklumkan kepada AJK masjid jika nama sudah berminggu-minggu tidak tersenarai untuk solat Jumaat.
Ujarnya, dalil-dalil al-Quran dan Hadis yang sahih sangat jelas berkaitan pensyariatan solat Jumaat, dosa dan ancaman bagi yang meninggalkannya tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh syarak.
"Meninggalkan solat Jumaat secara sengaja secara cuai tanpa keuzuran syarak adalah berdosa besar tanpa menunggu sehingga tidak melaksanakannya tiga kali berturut-turut seperti yang difahami oleh sebahagian orang.
"Kewajipan AJK kariah masjid memastikan surau-surau yang berada di bawah naungan masjid berkenaan berusaha menampung jemaah lelaki yang tidak dapat solat Jumaat di masjid.
"Bukan setakat membiarkan surau berkenaan memilih untuk melaksanakan solat Jumaat atau tidak, kerana maksud kebenaran itu adalah untuk membolehkan semua lelaki muslim solat Jumaat setiap minggu,"katanya lagi.
Terdahulu, Perak membenarkan solat Jumaat diadakan di surau-surau yang didaftarkan di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), mulai 10 Julai ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Shahrul Azam Shaari, ia termasuk surau di institusi pendidikan, kem tentera, berek PDRM, jabatan dan pejabat kerajaan yang mempunyai ruang keluasan solat yang sesuai serta mampu memenuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
HULU SELANGOR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menambah baik fasiliti di Hospital Kuala Kubu Bharu (KKB), di sini, bagi mengurang...
HIJAU.FM...
PERKUDAKAN SPRM & MAHKAMAH
PMX dikatakan memperkudakan SPRM dan Mahkamah untuk kekal jadi PMX
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment