NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UiTM ungguli Anugerah High Usage Kandungan E-jurnal Emerald 2019


SHAH ALAM, 9 Jun -- Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus mengungguli ranking 20 institut akademik global dengan jumlah muat turut tertinggi kandungan e-Jurnal Emerald pada 2019.

Emerald Publishing dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan bahawa UiTM mengungguli senarai itu dengan jumlah muat turun sebanyak 550,891 diikuti Pusat Data Bank Ilmu Mesir (479,135) dan Universiti Liberty di Texas, Amerika Syarikat (297,515).

“Kesemua 20 institut akademik global dengan jumlah tertinggi muat turun kandungan e-Jurnal Emerald sepanjang 2019 telah diumumkan sebagai sebahagian daripada edisi ke-10 acara tahunan Anugerah High Usage.

“Ia adalah bagi meraikan silaturahim antara Emerald dan institusi yang menang dan pada masa sama, menonjolkan capaian global serta impak penyelidikan kami," menurut kenyataan itu.

Selain UiTM, institusi tempatan lain dalam ranking itu ialah Universiti Utara Malaysia di tempat kelima manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di tempat ke-20.

Emerald Publishing menyediakan pelbagai perkhidmatan penerbitan secara dalam talian bagi membantu penulis menceritakan kisah mereka dengan cara yang bermakna dan tepat pada masanya, menyediakan perkhidmatan dan peralatan inovatif untuk membina keyakinan serta kemampuan dalam menjalankan penyelidikan yang memberi kesan.

-- BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo