TEPAT. TELUS. TERKINI.

Sidang parlimen sekurang-kurangnya tiga hari - Shafie Apdal


"SIDANG parlimen harus diadakan sekurang-kurangnya tiga hari bagi membolehkan wakil rakyat menjelaskan situasi semasa Covid-19 dan hala tuju ekonomi negara kepada rakyat," kata Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal.

Beliau berkata, pendirian kerajaan negeri mahu seboleh-bolehnya persidangan diadakan dua hingga tiga hari kerana parlimen adalah landasan terbaik bagi menjelaskan segalanya kepada rakyat.

"Kita bersama pimpinan Pakatan Harapan (PH) lain sepakat untuk merayu agar parlimen boleh bersidang seperti yang dinyatakan.

"Banyak persoalan dibangkitkan kepada kita selaku pimpinan termasuklah tentang hala tuju kita, status Covid-19 dan kedudukan kewangan negara," katanya.

Mohd Shafie berkata, penerangan mengenai hala tuju negara boleh dimaklumkan oleh menteri menerusi televisyen namun perlu ada interaksi dengan wakil rakyat lain.

Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna menyatakan, jika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah boleh melakukan penjarakan sosial, parlimen juga boleh berbuat demikian.

"Walaupun ada 222 ahli parlimen tetapi Dewan Rakyat saiznya lebih besar dan pastinya penjarakan sosial boleh dilakukan.

"Jika mesyuarat hanya sehari sahaja, banyak persoalan dan makluman tidak dapat disampaikan," ujarnya.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) Datuk Takiyuddin Hassan menerusi kenyataan pada 3 Mei lalu berkata, parlimen wajar bersidang sehari pada 18 Mei ini.

Menurutnya kedudukan anggota parlimen dalam Dewan Rakyat juga akan diubah suai untuk mengamalkan penjarakan sosial.

Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/05/574982/sidang-parlimen-sekurang-kurangnya-tiga-hari-shafie-apdal
Labels:
Reactions:

Post a comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget