COVID-19: Global Cecah 6 Juta, Malaysia 30 Kes Baharu



Hari ini 30 Mei (setakat 30 Mei 2020, Worldometers 13:42 GMT), perkembangan Global menunjukkan penularan mencecah 6,064,259 kes, Sementara di rantau Asia berjumlah 1,088,907 kes. Di peringkat Global, Amerika Syarikat tetap berada di ranking tertinggi dengan jumlah 1,795,635 kes dan ranking ke-2 ialah Brazil dengan jumlah 468,338 kes.

Di Asia pula, negara India telah mengalami penularan agak meluas dengan jumlah 174,301 kes. Pada 27 Mei, Turkey menduduki ranking terbanyak kes Wabak COVID-19 dengan jumlah 159,797 kes. Namun pada 28 Mei lalu, Turkey berada di ranking ke-2 dengan jumlah 159,797 kes, selepas India mengalami pertambahan mendadak daripada 158,086 kepada 174,301 kes.



Perembangan Wabak COVID1-19 di Malaysia hari ini (30 Mei 2020) adalah terdapat 95 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah sebanyak 6,330 kes (81.6%). Ia diikuti terdapatnya 30 kes baharu dan menjadikan kumulatif keseluruhan kes sebanyak 7,762 kes.

Daripada 30 kes baharu tersebut, tiga (3) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, sementara 27 kes adalah penularan tempatan yang terdiri daripada 17 kes adalah bukan warganegara Malaysia dan 10 kes adalah kalangan warganegara Malaysia.

Berikutan itu, jumlah kes aktif atau yang sedang dirawat ialah sebanyak 1,317 kes. Hari ini juga tiada kes kematian berkaitan COVID-19, maka kumulatif kes kematian kekal sebanyak 115 kes (1.48%) daripada jumlah keseluruhan kes).

Sepanjang tempoh PKPB ini yang sudah memasuki hari ke-27, rekod sifar kematian berlaku semenjak 23 Mei atau sudah lapan (8) hari lalu. Semoga keupayaan pasukan perubahan dapat dipertingkatkan keupayaan perawatan termasuk memastikan pesakit COVID-19 yang dalam ICU atau yang memerlukan bantuan pernafasan.



Pola perkembangan Wabak COVID-19 di Negara kita nampaknya kembali menjunam berikutan jumlah kes baharu enurun daripada semalam (103 kes) menjunam kepada 30 kes hari ini.
Kita mendoakan agar Allah SWT melimpahkan ketenangan hidup bagi kita semua di dalam menghadapi ujian Wabak COVID-19 ini. Bersama-sama kita mengamalkan gaya hidup sihat dan sedia mematuhi panduan yang dikeluarkan oleh KKM, terutama dari segi penjarakan sosial dan kebersihan diri. Ins sya Allah kita mampu bekerjasama demi menjaga diri untuk kembali hidup secara normal, termasuklah kita boleh kembali semua untuk menunaikan solat berjemaah di Masjid dan anak-anak kita dapat kembali ke sekolah serta boleh aktif secara terbuka. WalLahu ala kullisyaiin qodir.

Wassalam.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post