NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sidang Dewan Rakyat ditangguh




KUALA LUMPUR, 9 Rejab 1441H, Rabu – Persidangan Dewan Rakyat yang pada awalnya dijadualkan bermula 9 Mac ini, ditunda ke tarikh 18 Mei depan.

Yang Dipertuanya, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof berkata demikian setelah menerima surat makluman berhubung tarikh baharu itu malam tadi.

"Surat sudah diterima malam tadi. Kenyataan akhbar akan dikeluarkan oleh Parlimen pagi ini. Tiada persidangan pada 9 Mac (Isnin). Tarikh baharu Istiadat Pembukaan Parlimen ialah 18 Mei 2020," katanya seperti dilapor BHOnline.

Mengikut jadual asal, istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14 sepatutnya berlangsung 9 Mac ini dengan perasmiannya akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dewan Rakyat pada awalnya dijadualkan akan mula bersidang mulai 10 Mac hingga 16 April iaitu selama 23 hari kecuali setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Manakala sidang Dewan Negara pula akan bermula 20 April hingga 6 Mei iaitu selama 11 hari.

Ahad lalu, Mohamad Ariff dilaporkan berkata, beliau akan menulis secara rasmi kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menanyakan sama ada Dewan Rakyat akan bersidang mengikut jadual pada 9 Mac ini atau ditangguhkan.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo