Muhyiddin diminta mendengar suara rakyat Sarawak dalam melantik barisan menteri kabinet


KUCHING, Mac 1: Ketua Pergerakkan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fatimah Abdullah meminta Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang baharu dilantik untuk mendengar suara rakyat negeri ini dalam melantik barisan menteri kabinetnya selepas ini.Beliau yang juga Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga danPembangunan Kanak-Kanak berkata demikian kerana Perdana Menteri ada hak ekslusif atau “prerogatif” dan boleh melantik sesiapa sahaja bagi sebagai menteri itu termasuk mereka yang bukan dalam Perikatan Nasional (PN).

“Sudah tentu (Perdana Menteri perlu mendengar suara rakyat Sarawak) dan mesti, sebab kita tidak berganjak dari tuntutan kita untuk mendapat hak kita, hak anak Sarawak balik,”katanya selepas merasmikan Program “Happy Family Day” di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua No. 3 di Padungan, di sini, hari ini.

Fatimah mengulas mengenai Muhyiddin yang juga presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia(Bersatu) mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yangdi-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara hari ini.

Sumber: https://dayakdaily.com/muhyiddin-diminta-mendengar-suara-rakyat-sarawak-dalam-melantik-barisan-menteri-kabinet/
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget