Kuasa-Kuasa Besar/Mutlak Peguam Negara: Tan Sri Tommy Thomas Lupa Kata-Kata Sendiri?



oleh: Dr Kamarul

Saya sebenarnya tidaklah terlalu hairan dengan tindakan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, merempuh semua orang, khususnya Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara, di dalam kenyataan media panjang lebar beliau yang mengumumkan pemberhentian prosiding terhadap 12 tertuduh yang dikaitkan dengan LTTE semalam.

Ini kerana dalam tulisan beliau lama sebelum beliau menjadi Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas pernah menghujahkan bahawa, pada pandangan beliau, Peguam Negara adalah manusia yang paling berkuasa di Malaysia, mengatasi Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera.




Beliau waktu itu bagaimanapun menghentam kuasa-kuasa besar/mutlak yang dipunyai oleh Peguam Negara ini dengan menyatakan:
(1) Kuasa-kuasa besar Peguam Negara mencabuli doktrin pengasingan kuasa (The powers of the Attorney General make nonsense the doctrine of separation of powers).
(2) Kuasa-kuasa mutlak Peguam Negara menyebabkan ia boleh disalahgunakan (Power corrupts and absolute power corrupts absolutely).
(3) Langkah-langkah segera perlu diambil oleh pihak-pihak berkuasa bagi mengurangkan kuasa-kuasa Peguam Negara (Immediate steps ought to be taken by the relevant authorities to reduce the Attorney General’s powers).

Peliknya, walaupun Tan Sri Tommy Thomas sebelumnya mengecam kuasa-kuasa besar/mutlak Peguam Negara, setelah menjadi Peguam Negara, beliau sendiri tidak pula segan silu untuk menggunakan kuasa-kuasa besar/mutlak ini dan tidak pula secara sukarela mengambil langkah-langkah supaya kuasa-kuasa besar/mutlak ini dikurangkan.

Bagus untuk mengingatkan Tan Sri Tommy Thomas mengenai kritikan beliau ke atas kuasa-kuasa besar/mutlak yang dipunyai oleh Peguam Negara ini, dan bagus juga jika rakyat terbanyak dapat menuntut apa yang pernah dituntut oleh beliau dahulu, iaitu supaya langkah-langkah segera perlu diambil bagi mengurangkan kuasa-kuasa Peguam Negara.

Sumber: https://www.facebook.com/kamarul.yusoff.7/posts/3038738822836822
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget