TEPAT. TELUS. TERKINI.

Ibrah daripada koronavirus


DUNIA telah dikejutkan dengan wabak Novel Coronavirus 2019 (2019-nCoV) yang telah menyerang masyarakat dunia.

Ia sejenis penyakit daripada keluarga besar virus yang menyebabkan berlakunya beberapa penyakit seperti Middle East Respiratory Syndrome (MERS-CoV) dan Severe Acute Respiratory Sydnrome (SARS-CoV).

2019-nCoV adalah sejenis virus yang belum pernah lagi ditemui pada manusia. Ia menjadi polemik di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa berkenaan kerunsingan dan keresahan di atas musibah ini.

Pemain-pemain media sosial juga tidak ingin ketinggalan di dalam meluahkan perasaan dan turut serta di dalam diskusi arus perdana ini.

Pelbagai idea dan pendapat dikeluarkan, ada yang positif dan banyak juga yang negatif.

Pihak berkuasa mengeluarkan kenyataan tentang kesediaan bagi menghadapi situasi getir ini dan tindakan-tindakan yang diambil dan bakal diambil.

Pengalaman-pengalaman lepas serta prosedur operasi standard (SOP) dalam menghadapi situasi ini diaktifkan dan dipercayai mereka akan bertindak dengan sebaik mungkin. Keresahan dan kerisauan rakyat itu jelas.

Maka, pihak kerajaan Malaysia dinasihatkan prihatin dengan segera memanjangkan keputusan penggantungan sementara visa dan Visa on Arrival (VOA) bagi kemasukan rakyat China dari bandar Wuhan dan wilayah Hubei di sekelilingnya kepada seluruh warga China yang ingin masuk ke negara ini supaya rakyat kita lebih bertenang.

Pesanan

Dalam situasi itu juga sebaiknya untuk kita kembali kepada beberapa pesanan Rasulullah SAW berkaitan penyakit taun dan wabak.

Sungguhpun ia dikhususkan bagi penyakit taun, namun masih boleh diambil iktibar bagi penyakit-penyakit tular yang lain.

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu mendengar tentang taun di sebuah negeri, maka janganlah kamu memasukinya. Dan apabila sudah berlaku di sebuah negeri pula dan kamu di dalamnya, maka janganlah kamu keluar daripadanya.” (Riwayat Al-Bukhari)

Hadis di atas adalah sebagai pesanan dan peringatan kepada kita yang tidak berada di ground zero untuk mengelakkan daripada melakukan lawatan kepada destinasi tersebut.

Pada masa yang sama, ia juga adalah pesanan kepada mereka yang berada di lokasi untuk tidak keluar bagi mengelakkan ia menjadi tular.

Sungguhpun begitu, ia tidak memberi ruang kepada kita untuk melakukan diskriminasi kepada mana-mana individu dan bertindak di luar kotak pemikiran insani. Tidak kira sama ada secara lisan mahupun bertulis.

Terdapat banyak lagi hadis berkaitan dengan wabak dan penyakit. Ia perlu diambil iktibar dan disebar luas oleh masyarakat Muslim khususnya sebagai kaedah dan cara bagi menghadapi situasi rumit ini.

Pilihlah penyebaran mesej-mesej Islam ini sebagai panduan dan alternatif kepada kata-kata nista, kepentingan peribadi dan maklumat salah.

Ingatlah bahawa ALLAH SWT telah berfirman dengan maksudnya: “Barang siapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan kerana membuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. Dan barang siapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia memelihara kehidupan manusia semuanya.” (QS. Al Maidah: 32).

Ayat itu ditafsirkan oleh Ibnu Kathir sebagai perintah ALLAH SWT kepada kita tentang kewajipan untuk mempertahankan nyawa manusia. Nilai mempertahankan nyawa seorang manusia adalah bersamaan dengan harga mempertahankan nyawa seluruh umat manusia.

Oleh sebab itu, peranan untuk bersama mencari penyelesaian, bekerjasama dan saling membantu dalam menghadapi situasi ini amat penting. Sokongan penuh kepada badan berwajib patut diberikan secara sebulat suara.

Semoga ALLAH SWT melindungi kita semua daripada wabak ini dan memberikan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapinya.

Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget