Hotel TH: Kerajaan runtuhkan aset strategik umat Islam?

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 25 Jamadilakhir 1441H, Rabu – Tindakan Lembaga Tabung Haji (TH) memindah milik operasi empat hotel kepada pihak ketiga seolah-olah meruntuhkan empayar perniagaan dan pemilikan aset strategik umat Islam.

Pengerusi UMMAH, Mohd Zai Mustafa berkata, sepatutnya pengurusan tertinggi TH mengemukakan pelan menyelamat, pengukuhan dan membuat keuntungan bersifat jangka panjang, termasuk meningkatkan kecekapan organisasi secara menyeluruh.

Katanya, tindakan menjual, memindah milik bukan penyelesaian yang bijak, kerana banyak pertimbangan penting perlu dibuat bagi kepentingan TH dan para pendeposit.



"Cara mengurus kewangan dan perakaunan kerajaan PH nampak sangat mudah, jika rugi jual dan serahkan kepada kerajaan melalui Syarikat Tujuan Khas (SPV).

"Kes ini hendak disamakan seperti Dana Harta untuk selamatkan bank daripada 'loan' yang gagal. Tapi Tabung Haji tak sama dengan cara operasi bank, kerana ia melibatkan kepentingan strategik aset umat Islam," katanya.

Kelmarin, tular surat ditandatangani pemangku Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Hotel & Residence Sdn Bhd (THHR), Zulkefli Ahmad bertarikh 17 Februari berkaitan penutupan hotel TH.

Dalam surat itu dinyatakan empat buah hotel THHR di TH Hotel Kota Kinabalu, TH Hotel Pulau Pinang, TH Hotel & Convention Centre Alor Setar dan TH Hotel & Convention Centre Terengganu akan ditamatkan operasi serta perkhidmatan berkuatkuasa 1 April depan.

Surat itu menyebut, penamatan operasi dan perkhidmatan tersebut merupakan keputusan tidak dapat dielakkan memandangkan operasi dan pengurusan hotel terlibat sudah atau akan diambil alih syarikat milik Kementerian Kewangan, Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJ).

Selepas surat tular itu dikritik banyak pihak, TH semalam menjelaskan bahawa operasi empat buah hotel di bawah THHR yang dipindah milik kepada UJ, akan diteruskan seperti biasa di bawah pengurusan baharu dan tiada pekerja yang akan diberhentikan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tindakan TH memindah milik operasi empat hotel miliknya kepada pihak ketiga disebabkan ia tidak mendatang hasil.

"Sesetengah hartanah itu tidak berguna, tidak mendatangkan hasil. Ada cara lain untuk melaburkan wang bagi mendapatkan keuntungan," katanya.

https://www.ismaweb.net/2020/02/19/hotel-th-kerajaan-runtuhkan-aset-strategik-umat-islam/
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget