NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiada bukti PAS parti ekstrem, kata Samsuri



Haspaizi Zain
Diterbitkan Hari ini 5:23 petang

PRK KIMANIS | PAS menyifatkan kenyataan pemimpin Warisan yang melabelkan PAS sebagai parti ekstrem adalah sebagai retorik politik sempena PRK kali ini.

Naib Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada masa sama berkata, tuduhan tersebut bercanggah dengan amalan demokrasi kerana gagal dibuktikan bahawa parti itu memang terbabit dengan perbuatan ekstrem.

"Semua orang boleh menyebut retorik, tetapi retorik yang sedemikian rupa tetapi tidak disertakan dengan bukti ini bertentangan dengan konsep demokrasi.

"Kami parti PAS, parti yang berdaftar dan sah dalam perlembagaan Malaysia dan tidak pernah disabitkan dengan mana-mana kesalahan ekstrem dan sebagainya.
Iklan

"Orang lain bagi pandangan sedemikian rupa adalah lumrah yang berlaku dalam pilihan raya tapi tidak dibuktikan dalam mana-mana mahkamah buat pengadilan," katanya ketika ditemui di pasar tamu Membakut, Kimanis, pagi tadi.

Ketika berkempen baru-baru ini, Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal membangkitkan kerjasama antara Umno dan PAS melalui Muafakat Nasional.

Ketika berucap, Mohd Shafie menyifatkan PAS sebagai sebuah parti Islam yang ekstrem kini bekerjasama dengan Umno.

Presiden Upko Wilfred Madius Tangau juga mendakwa PAS sebuah parti yang ekstrem semasa menghadiri majlis perayaan Krismas di pekan Membakut pada 4 Jan lalu.

"Terdapat 1,000 pengempen dalam satu parti bernama PAS, parti ini sudah bekerjasama sudah menjadi satu keluarga dalam Umno.

"...Tetapi apa yang harus kita takut, harus berhati-hati sebuah pertubuhan yang bernama PAS. Ini yang harus kita berhati-hati," kata Tangau ketika berucap.

Sementara itu, Samsuri berkata jentera PAS telah memainkan peranan yang berkesan bagi menbantu calon BN dalam PRK kali ini.

Jelas Menteri Besar Terengganu itu, PAS memainkan peranan memperkemas kelemahan ataupun kekurangan yang dihadapi dalam kempen PRK Kimanis.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo