Sekolah Vernakular: Empat Isu Dengan Lim Guan Eng


oleh: Dr Kamarul

Saya ada empat isu sahaja dengan kenyataan Lim Guan Eng hari ini yang menyatakan kebimbangan besar (grave concern) beliau terhadap tindakan GPMS dan MAPPIM mencabar keperlembagaan sekolah vernakular di mahkamah, iaitu:

(1) Apakah hanya kerana “Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung” ada istilah “Melayu” di dalamnya dan hanya kerana “Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia” ada istilah “Islam” di dalamnya maka terus sahaja GPMS dan MAPPIM dikategorikan sebagai “kumpulan pro-pembangkang” (pro-opposition groups)? Berdasarkan pengamatan saya, Presiden GPMS, Alif Anas Md Noor, dan Ketua Eksekutif MAPPIM, Mohd Zai Mustafa, tidak ada ciri-ciri kepembangkangan ketara pun.

(2) Jika tindakan mencabar keperlembagaan sekolah vernakular di mahkamah, yang dibenarkan oleh undang-undang, adalah satu perkembangan merbahaya yang boleh mengancam perpaduan nasional dan keharmonian masyarakat berbilang kaum, tidakkah amalan memberi kenyataan media hanya dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin, tidak dalam Bahasa Kebangsaan, juga boleh mengancam perpaduan nasional dan keharmonian masyarakat berbilang kaum?

(3) Tidakkah tindakan Lim Guan Eng mengumumkan awal-awal lagi bahawa DAP akan mendesak di dalam mesyuarat Kabinet esok supaya kerajaan mesti mengarahkan Peguam Negara membuat satu penentangan habis-habisan ke atas cabaran perundangan ini adalah satu bentuk tekanan yang nyata kepada kerajaan, apa lagi bila beliau adalah Menteri Kewangan, bukannya Menteri Pendidikan atau Menteri Undang-Undang yang lebih sesuai untuk mengulasnya?

(4) Mengapa DAP langsung tidak merujuk kepada Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi yang menyebut “Hakikat bahawa terdapat sekolah-sekolah Cina dan Tamil di negara ini juga adalah luar biasa. Sekolah-sekolah Cina dan Tamil sebenarnya adalah tidak dilindungi di bawah perlembagaan. (The fact that you have in this country Chinese and Tamil schools too is remarkable. The Chinese and Tamil schools are actually not protected under the constitution.)” dalam isu ini?

Dan ini adalah pautan kepada petisyen mansuhkan sekolah vernakular yang sedang menghampiri 100,000 tandatangan: https://www.change.org/p/ministry-of-education-malaysia-abo…

Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 17.12.2019:

DAP expresses grave concern at the court action taken by pro-opposition groups, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung and Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia, claiming that the existence of vernacular schools is not legal because it is against the Federal Constitution. For the last 62 years since Merdeka in 1957, the existence of Chinese and Tamil schools have never been questioned and have received public funding.

For the first time in history, a legal suit has been filed naming the Education Ministry and Government of Malaysia as defendants, seeking a declaration that the existence of Chinese and Tamil vernacular schools contravenes Article 152(1) of the Federal Constitution. DAP views this as a dangerous development that can not only threaten the existence of Tamil and Chinese schools, but also jeopardise the national unity and harmony of our multi-racial society.

DAP will defend vigorously the constitutional right of Chinese and Tamil schools to exist, by bringing up in the final Cabinet meeting tomorrow that the Government must instruct the Attorney-General to mount a muscular opposition to this legal suit. At the same time, DAP will also seek to intervene legally in the suit on behalf of vernacular schools and has instructed the Chairman of DAP Legal Bureau and MP for Bukit Glugor Ram Karpal to provide legal representation.

LIM GUAN ENG

民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2019年12月17日在吉隆坡发表文告:

亲反对党团体即半岛马来学生会及大马伊斯兰教育发展理事会入禀法院,宣称多源流母语学校的存在是非法,并已违反了联邦宪法。针对此事,民主行动党深表关切。自1957年独立以来的62年间,华校和淡米尔学校的存在从未受到质疑,并获得公款资助。

这是史上第一次有人提出诉讼,把教育部和马来西亚政府列为被告,要求宣判华校和淡米尔母语学校违反联邦宪法第152(1)条。民主行动党视之为一个危险的发展,不仅威胁着淡米尔语和华文学校的存在,更是危害了我们多元种族社会的民族团结与和谐。

民主行动党将会尽全力捍卫华文和淡米尔语学校在宪法下的权利,并在明天召开的本年度最后一次内阁会议中,要求政府必须指示总检察长强烈反对这一诉讼。同时,民主行动党还将代表本地多源流母语学校对诉讼提出介入,并指示民主行动党法律局主席兼武吉牛汝莪区国会议员蓝卡巴星代表处理此事。

林冠英

Sumber: https://www.facebook.com/kamarul.yusoff.7/posts/2891914917519214
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget