Sama ada mereka sedar atau tidak, setiap peserta Kongres Maruah Melayu pada 6 Oktober 2019, termasuk Perdana Menteri, Menteri-Menteri Melayu lain seperti Menteri Pendidikan, pemimpin-pemimpin politik Melayu, pemimpin-pemimpin NGO Melayu, ahli-ahli akademik Melayu (termasuk saya), telah mengikut Hud Yahya melafazkan ikrar “Sumpah Anak Watan” yang salah satunya adalah berbunyi: “Maka sesungguhnya, berasaskan Perlembagaan Persekutuan, kami bersumpah akan menjulang sistem pendidikan tunggal. Inilah tekad dan sumpah kami.”
Ayat “bersumpah akan menjulang sistem pendidikan tunggal” samalah ertinya dengan “bersumpah akan memansuhkan sekolah vernakular”, malah “pemansuhan sekolah vernakular” ini adalah intipati utama resolusi Kluster Pendidikan yang dibentangkan oleh wakil daripada Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Nurul Fatin Aqilah Rahim.
Kini, dengan wujudnya cabaran ke atas keperlembagaan sekolah vernakular di mahkamah, kita akan dapat saksikanlah sejauh manakah komitmen mereka yang bersumpah ini.
Semoga tidak ada di antara kita yang akan dimakan sumpah.
HULU SELANGOR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menambah baik fasiliti di Hospital Kuala Kubu Bharu (KKB), di sini, bagi mengurang...
HIJAU.FM...
PERKUDAKAN SPRM & MAHKAMAH
PMX dikatakan memperkudakan SPRM dan Mahkamah untuk kekal jadi PMX
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment