NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiada Lagi Pengiring Trafik Untuk Najib?


PETALING JAYA – Polis tidak lagi akan menyediakan khidmat pengiring trafik untuk mengiringi bekas perdana menteri Najib Razak, keputusan yang mengingatkan pada penarikan balik khidmat pengiring Dr. Mahathir Mohamad oleh pentadbiran lepas dua tahun lalu.

Keputusan itu dimaklumkan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman dalam surat kepada pegawai khas Najib, Mohd Shahrir Mohd Aripin.

Surat yang dipetik FMT itu bagaimanapun tidak menyatakan sebarang sebab khidmat itu ditamatkan.

FMT sedang menghubungi Bukit Aman dan Kementerian Dalam Negeri untuk pengesahan.

Pada April 2016, khidmat pengiring untuk Mahathir ditarik balik kira-kira dua bulan selepas beliau meninggalkan UMNO pada kemuncak pertelagahannya dengan Najib mengenai saga 1MDB.

Pada November 2017, dilaporkan polis menarik balik khidmat pengawal peribadi Unit Tindakan Khas untuk Mahathir. Dakwaan itu disangkal oleh ketua polis negara ketika itu, Mohamad Fuzi Harun. – FMT

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo