Sentimen pengundi Tg Piai terhadap parti-parti politik

oleh: Arif Anwar Lokmaol Hakim

RAKYAT Malaysia khususnya penduduk P.165 Parlimen Tanjung Piai mengetahui calon pada 2 November. Pihak Pakatan Harapan (PH), berkemungkinan besar menghantar calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Manakala, pihak pembangkang masih berteka-teki sama ada mereka mahu menghantar calon dari MCA atau UMNO. Belum lagi musim Pilihan Raya Kecil (PRK), sudah menjadi keributan dalam Barisan Nasional (BN).

Untuk itu, pasukan Gerakan Pengundi Sedar (GPS) telah turun ke lapangan hujung minggu lepas (28 hingga 29 November 2019) bagi membuktikan siapa yang layak bertanding dari pihak BN. Pihak kami telah pun menyelidik mengikut demografi Parlimen itu, iaitu 57 peratus Melayu dan 42 peratus Cina, dengan sebanyak 382 responden yang merangkumi DUN Kukup (60 peratus Melayu, 38 peratus Cina) dan DUN Pekan Nanas (54 peratus Melayu, 45 peratus Cina).



Soal selidik yang kami lakukan dengan menggunakan teknik persampelan rawak berstrata, iaitu kadar ralat sebanyak 5 peratus. Kajian ini memfokus kepada dua bangsa teramai iaitu Melayu dan Cina kerana menjadi penentu di Tanjung Piai.


SENTIMEN PENGUNDI MELAYU


Carta di sebelah kiri adalah jika BN menghantar calon UMNO, dan di sebelah kanan jika BN menghantar calon MCA.

Jika kita melihat beza antara dua carta di atas, penyokong pembangkang di kalangan Melayu berkurangan dari 55 peratus kepada 24 peratus iaitu penurunan sebanyak 31 peratus. Manakala pengundi atas pagar juga meningkat dari 28 peratus kepada 43 peratus iaitu meningkat 15 peratus.

Apa yang menarik adalah melihat peningkatan sebanyak 16 peratus yang sanggup mengundi BERSATU. Ini apa yang kita panggil undi protes, iaitu penyokong pembangkang yang sanggup mengundi kerajaan apabila calon yang dikehendaki tidak bertanding.

SENTIMEN PENGUNDI CINA



Untuk pengundi Cina pula, sokongan untuk kerajaan pula menurun dari 62 peratus kepada 28 peratus jika UMNO menghantar calon, dan pengundi atas pagar meningkat dari 31 peratus kepada 56 peratus.

Perhatian sekali lagi harus diberikan kepada undi protes. Dalam kes pengundi Cina, pengundi sebegini adalah kurang dari pengundi Melayu iaitu hanya sebanyak 9 peratus.

KESIMPULAN



Dengan memasukkan data pengundi Melayu sebanyak 30,511 orang serta pengundi Cina sebanyak 22,482 orang, maka dalam kedua-dua simulasi, BN tetap menang cuma majoriti berkurang jika MCA bertanding.


Perbezaan majoriti jika UMNO bertanding, adalah sebanyak 14,292, manakala jika MCA bertanding adalah sebanyak 9,619 iaitu perbezaan sebanyak 4,673.

Kajian ini hanyalah dapatan awal untuk melihat sentimen pengundi terhadap parti. Kajian ini tidak memasukkan elemen lain seperti faktor calon, faktor kempen yang berkesan, faktor 'gula-gula' dari kerajaan, faktor kerajaan menghantar calon lain selain PPBM, dan sebagainya.

*Arif Anwar Lokmaol Hakim ialah Ketua Data dan Kajian Gerakan Pengundi Sedar (GPS)

Sumber: https://www.ismaweb.net/2019/10/01/sentimen-pengundi-tg-piai-terhad1ap-parti-parti-politik/



Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget