NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

HAMAS dan Ltte bak langit dan bumi!



Dr Riduan Mohamad Nor

Geger tanah watan ini dengan isu penangkapan tujuh orang etnik Tamil yang terlibat dengan LTTE termasuk dua orang anggota legislatif daripada DAP. Sebagai parti yang memegang kuasa pada hari ini kita melihat nada angkuh pimpinan DAP yang mempertikaikan tangkapan tersebut oleh pasukan Khas menanggani keganasan Bukit Aman. Suara sinis berbau angkuh ini sangat menjengkelkan , terutama mengingatkan apabila berlaku tangkapan kepada kader Daeish maka rakyat menerima tangkapan tersebut dengan rasional dan hati terbuka. Keselamatan , ketenteraman dan ketertiban negara ini tak mampu dipandang sebelah mata, apatah lagi dengan kerapuhan komunal yang pernah melakar sejarah pahit tanah watan ini.

Gerakan Tamil Eelam yang mempunyai reputasi buruk mengucar kacirkan negara Sri Langka, bahkan mempunyai jaringan luar negara terutama perkaderan dan peraihan dana turut diharamkan dibanyak buah negara. PDRM melalui Unit E8 telah melakukan risikan dan pemerhatian dalam tempoh yang panjang bagaimana usaha menghidup dan memberdayakan LTTE di negara ini. Bahkan kenyataan pendokong LTTE dimedsos seolah mencabar PDRM agar bertindak terhadap kelompok mereka.

Gerakan militan berteras etnosentrism ini pernah terlibat dengan pembantaian dan pembunuhan umat Islam di masjid Kattankudy Sri Langka pada 3 Ogos 1990. 300 orang muslim yang sedang melakukan solat isyak berjemaah telah diserang oleh anggota LTTE dengan senjatapi. Bukan sahaja bermusuh dengan etnik Singhala namun mengumbar api kebencian kepada masyarakat Muslim. Tokoh-tokoh politik DAP seperti Dr Ramasamy secara terus terang mengakui mendokong LTTE, bayangkan jika gerakan ini menguasai pemikiran anak-anak muda Tamil dalam suasana kemajmukan etnik negara ini.Menyamakan perjuangan LTTE dengan HAMAS adalah satu kejahilan tak terampun seperti yang terbit daripada mulut Charles Santiago, ahli Parlimen Klang Selangor.

Dalam tahun-tahun 60-an dan 70-an perjuangan menentang penjajahan Israel lebih terarah kepada kelompok Sosialis dan Kebangsaan Arab yang sempit. Ternyata ideologi Barat ini tidak mampu untuk menggerunkan Israel yang hanya mampu memahami bahasa bom dan senapang. Kini sudah tiba masanya mereka kembali kepada perjuangan Islam seiring dengan kebangkitan Islam yang sedang bergelora di seluruh dunia.

Kembali kepada nuansa perjuangan yang berteraskan kepada Islam, berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, maka pada bulan Disember tahun 1987 Sheikh Ahmad Yasin bersama beberapa orang tokoh masyarakat (pendokong Ikhwanul Muslimin di Gaza) mengasaskan Pergerakan Kebangkitan Islam (HAMAS) atau dalam Bahasa Arab disebut Harakat al-Muqawwamat al-Islamiyyah.

Pertubuhan ini secara langsung membawa fikrah Ikhwanul Muslimin dan menyeru rakyat Palestin berjuang atas dasar Islam dan menentang penjajahan Yahudi di Palestin. Sheikh Ahmad Yasin sendiri dipilih sebagai pemimpin tertinggi dan beliau merupakan ideologue gerakan ini yang terkenal dengan sifat warak, berani, lantang berpidato, sedia berkorban dan mempunyai aura kepimpinan.

Citra perjuangan HAMAS dinyatakan di dalam perlembagaannya yang diisytiharkan pada 18 Ogos 1988. Antaranya ialah:

1.Dasar dan manhaj HAMAS ialah Islam yang lengkap.

2.HAMAS adalah gerakan kemanusiaan yang mengambil kira toleransi Islam yang membenarkan penganut agama lain tinggal bersama masyarakat Islam.

3.Palestin adalah tanah Islam sejak turun temurun hinggalah hari kiamat. Ia tidak boleh dibelah bahagi atau diserahkan kepada pihak lain. Ia bukan milik mana-mana individu, pertubuhan ataupun raja dan presiden Negara-negara Arab. Ia adalah milik Islam yang mesti dipertahankan.

4.Jihad menentang kezaliman Yahudi adalah fardhu ain ke atas setiap umat Islam lelaki dan perempuan. Dalam hal ini, wanita yang keluar berjihad tanpa izin suaminya adalah tidak berdosa.
5.HAMAS menolak usaha melengah-lengahkan kemenangan seperti perjanjian damai, persidangan-persidangan dan sebagainya. Hanya jihad sahaja jalan penyelesaian bagi isu Palestin.

6.Kelompok wanita memainkan peranan besar dalam perjuangan membebaskan bumi Palestin.
Mereka perlu berperanan melatih, mentarbiah dan mendidik serta melahirkan generasi yang faham Islam dan berakhlak mulia serta bersemangat tinggi untuk membebaskan tanahair mereka.

7.HAMAS menghormati pandangan gerakan-gerakan Islam yang lain selagi mana ia tidak bercanggah dengan Islam. Ia juga turut menganggap Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) pimpinan Yasir Arafat sebagai ‘sahabat’, tetapi menolak fahaman sekular gerakan itu.

HAMAS mempunyai sikap yang tegas terhadap penubuhan pemerintahan Islam, tanpa kompromi maka gerakan ini menolak perjanjian damai sementara antara Israel dan Palestin pada tahun 1993-1994. Mulai tahun 1994 HAMAS telah memulakan serangan berani mati terhadap Israel, fenomena ini menjadi igauan paling buruk bagi orang Yahudi. Dalam tahun 1996 sahaja empat serangan bom dalam musim bunga telah diadakan menyebabkan 60 orang penduduk Israel telah terbunuh.

Kebangkitan kedua Palestin selama empat tahun setengah telah menyaksikan seramai 3500 rakyat Palestin terbunuh dan 1000 penduduk Israel terkorban.

Dengan menubuhkan HAMAS, rakyat Palestin yang selama ini tanpa arah yang jelas mencari jalan perjuangan, kini bergabung tenaga melakukan satu kebangkitan menyeluruh atau lebih dikenali sebagai INTIFADHAH.

Peristiwa yang menyebabkan tercetusnya kebangkitan (intifadhah) ini ialah tindakan sebuah lori besar milik Yahudi yang sengaja melanggar dua buah lori kecil milik umat Islam menyebabkan 4 orang terbunuh dan yang lain cedera. Peristiwa ini adalah faktor sementara bukan faktor mutlak, kerana terdapat faktor-faktor lain yang meransang fenomena ini.

Bermulalah intifadhah dan penentangan terbuka rakyat Palestin dengan melontar batu, membakar tayar di jalanan bagi menghalang kenderaan tentera Israel dan melempar Molotov Cocktail ke arah musuh. Rakyat Palestin gagal mendapatkan senjata api kerana sempadan negara ditutup dan dikawal ketat oleh pihak Israel dan Negara-negara Arab yang bersempadan namun gerakan HAMAS berjaya mendapatkannya secara sulit dan menyimpannya dalam gudang khas mereka seperti stor bawah tanah.

Kebangkitan rakyat Palestin sangat membimbangkan regim Israel. Pada bulan Ogos 1988, tentera Israel menceroboh rumah Sheikh Ahmad Yasin dan melakukan pemeriksaan serta mengugutnya untuk dibuang negeri ke Lubnan bagi mengganggu kebangkitan umat Islam. Namun ugutan itu tidak diendahkan Sheikh Ahmad Yasin dan penyokongnya yang mendambakan mati syahid sebagai citra perjuangan. HAMAS telah meningkatkan operasi membunuh tentera pengganas Israel dengan laungan takbir yang semakin meriah sahut-menyahut di bumi Palestin. Mata-mata Israel dari kalangan bangsa Arab Palestin turut dibunuh oleh pejuang HAMAS yang menganggap mereka sebagai musuh paling merbahaya bagi rakyat Palestin.

HAMAS terus gagah berdada dengan kezaliman regim zioni…

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo