Tamatkan Skim Tetap & Berpencen Mangsakan Melayu & Bumiputera



Secara kewangannya (financially), mengsaizkan semula (resizing) jumlah penjawat awam adalah langkah yang objektif.

Namun, dasar ini juga memangsakan orang Melayu dan Bumiputera yang telah dijamin kedudukan istimewa mereka dalam perkhidmatan awam seperti diperuntukkan oleh Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Bahkan, pada masa ini ia bukanlah keutamaan sebaliknya hanya memperlihatkan sikap terdesak Kerajaan memotong pelbagai perbelanjaan yang perlu seperti tiada pilihan lain yang lebih baik.

Pada masa ini, paling utama sektor perkhidmatan awam perlu dipacu dengan hala tuju yang jelas mengenai aspirasi Kerajaan bukannya dibiarkan setiap parti yang berbeza-beza ideologi memperalatkannya sesuka hati.

Peranan dan sumbangan penjawat awam pula mestilah dihargai bukannya diperlekehkan oleh para pemimpin Kerajaan sendiri semata-mata demi menaikkan nama kerana mahu melebarkan pengaruh masing-masing.

Kewujudan pelbagai sistem terutamanya yang bersifat sebagai "pintu masuk" (gateway) kepada orang awam untuk mendapatkan bermacam-macam inisiatif yang disediakan Kerajaan juga perlu diintegrasikan dan dimudahkan supaya ia benar-benar boleh sampai kepada mereka yang memerlukan; bukannya disulitkan supaya ada pihak yang boleh mendapat laba atas angin.

Kecekapan perkhidmatan awam mesti ditingkatkan selari dengan jumlah rakyat yang semakin bertambah, kepelbagaian perkhidmatan yang ditawarkan, kepesatan perkembangan maklumat dan kecanggihan teknologi komunikasi.

Tetapi, jika Kerajaan masih tetap memilih untuk menamatkan skim lantikan tetap dan berpencen bagi sektor perkhidmatan awam yang sangat penting kepada negara ini dengan justifikasi mahu menjimatkan RM5 bilion dana Kerajaan, ia sebenarnya menunjukkan kelemahan memuncak Kerajaan dalam menjana dan menguruskan hasil pendatapan negara.

Sudah sepatutnya kini penentuan sektor utama ekonomi utama, dasar dan sistem percukaian serta pengurusan kewangan Kerajaan disemak semula dengan teliti oleh institusi berautoriti yang bebas dan pakar.

Sekian.

"Islam Memimpin Perpaduan"

DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2744666745543338&id=569086473101387
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget