1. Pergerakan Pemuda UMNO memandang serius dan menzahirkan keraguan terhadap dakwaan YB Kasthuri Patto tentang skandal penjualan Kad Pengenalan (IC) yang kononnya telah dimulakan sejak era pentadbiran Barisan Nasional (BN). Walhal beliau terlupa pada waktu tersebut juga, skandal ini telah didedahkan di Pulau Pinang yang ketika itu Kerajaan Negeri diperintah oleh DAP dari tahun 2008 lagi.
2. Ironinya, DAP pernah membangkitkan sindiket penjualan IC di Sabah yang berlaku di zaman Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri. Sekiranya YB Kasthuri Pato dan DAP yakin bahawa skandal penjualan IC dibuat sejak era BN, mengapa pula DAP tidak membuat apa-apa pendedahan mengenai sindiket penjualan IC di Pulau Pinang selama ini?
3. Lebih meragukan apabila Ahli Parlimen DAP sendiri iaitu YB RSN Rayer tampil menawarkan khidmat sebagai peguambela kepada suspek di dalam pertuduhan mengenai penjualan IC di Pulau Pinang baru-baru ini. Mengapakah Ahli Parlimen yang telah mengangkat sumpah untuk melindungi, memelihara dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, begitu bersungguh-sungguh mahu membela mereka?
4. YB Kasthuri Patto sepatutnya tidak cepat melatah dan bersikap begitu ‘defensive’ kerana ia hanya menyerlahkan sandiwara DAP yang cuba mengalihkan isu, bahkan seolah-olah membenarkan spekulasi dan persepsi umum bahawa DAP yang ternyata menerima manfaat politik daripada penambahan jumlah pengundi di Pulau Pinang demi mengekalkan kuasa!
5. Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sekali lagi mengulangi desakan kami sebelum ini untuk satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) segera ditubuhkan. Penubuhan RCI ini tentunya akan mampu menjernihkan segala polemik termasuklah tuduhan dan pelbagai persepsi yang berlegar demi memastikan Hak Kewarganegaraan Malaysia yang merupakan anugerah tertinggi negara tidak sewenangnya tergadai dek kerakusan kuasa dan agenda politik dangkal! Dr. Asyraf Wajdi Dusuki ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
HULU SELANGOR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menambah baik fasiliti di Hospital Kuala Kubu Bharu (KKB), di sini, bagi mengurang...
HIJAU.FM...
PERKUDAKAN SPRM & MAHKAMAH
PMX dikatakan memperkudakan SPRM dan Mahkamah untuk kekal jadi PMX
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment