Jangan sibuk soal kerusi - Mad Hasan




Jangan sibuk soal pembahagian kerusi antara UMNO-PAS kerana yang lebih penting adalah fokus pada pengukuhan perpaduan ummah yang telah sepakati.

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan isu kerusi untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) seharusnya diserahkan kepada pucuk pimpinan kedua-dua parti untuk diselesaikan.

“Jangan orang yang tak tentu fasal cakap pasal kerusi. Biarlah isu ini ditentukan parti dengan parti… biar pemimpin tertinggi parti duduk bersama berbincang.

“Bak kata sikit boleh menang, kalah buat apa… sikit sama sikit janji kita menang. Saya faham ini akan jadi isu di semua negeri, jadi kita mesti ada formula dan resepi tetapi bukan secara menyeluruh sebaliknya mengikut negeri kerana yang utama sekarang adalah pengukuhan.

“Contohnya Kedah dengan formulanya, Negeri Sembilan dengan formulanya, untuk kita pastikan tujuan kita iaitu nak menang pilihan raya dan sudah pasti mesti ada pengorbanan yang harus dilakukan oleh semua pihak,” ujar beliau kepada media selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Rembau pada pagi Sabtu.

Sementara itu, ketika beruca dimajlis itu Mohamad berkata, UMNO harus terus bangun sebagai sebuah parti yang pernah mentadbir negara ini selama enam dekad.

“Walau kalah tapi kita kena lihat kepada kebaikan, jangan lihat masalah sebagai masalah sebab ia akan menyebabkan kita mempunyai pemikiran yang bermasalah.

“Apa yang berlaku adalah sesuatu kehendak untuk melihat kita bangkit semula lepas kita berasa selesa sangat, hikmah Allah datang dalam pelbagai bentuk.

“Maka ambil jalan pemikiran kalahnya BN dan UMNO adalah satu hikmah untuk kita bersihkan diri dan melihat semula perjalanan perjuangan di mana patut kita berada dan apa perlu dilakukan,”ujar beliau.
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget