Bila Rasulullah sayang




1. Dalam sebuah hadis, Rasulullah ﷺ menzahirkan rasa sayang Baginda kepada Muaz bin Jabal. Sabda Rasulullah ﷺ:

يَا مُعَاذُ ! وَاللَّهِ إِنِّي لَأُحِبُّكَ ، وَاللَّهِ إِنِّي لَأُحِبُّكَ

"Wahai Muaz, demi Allah, sesungguhnya aku sayang kepada engkau. Wallahi, sesungguhnya aku sayang kepada engkau."

2. Namun ucapan Rasulullah ﷺ ini tidak terhenti disini sahaja. Baginda ﷺ seterusnya berpesan kepada Muaz agar sentiasa membaca satu doa khusus dipenghujung solat atau setelah selesai dari solat. Pesan Rasulullah ﷺ: "Wahai Muaz, janganlah kamu lupa untuk membacakan doa ini dipenghujung solat:

اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

3. Hadis ini menggambarkan kepada kita tentang bagaimana apabila Rasulullah ﷺ sayang kepada seseorang, Rasulullah ﷺ menzahirkan rasa sayang Baginda ﷺ kepada mereka. Bahkan apa yang lebih utama adalah Baginda ﷺ mengajarkan benda yang baik kepada orang yang disayangi.

Begitu juga apabila kita sayang seseorang, kita seharusnya mengajarkan kepada mereka perkara yang baik. Bukan mengajak atau mendedahkan mereka kepada perkara yang tidak baik.

4. Malah apabila kita sayang kepada seseorang, kita juga hendaklah menegah mereka dari melakukan kepada perkara yang tidak baik. Perkara ini dapat diperhatikan apabila Rasulullah ﷺ menegur Muaz dalam situasi yang lain. Baginda membidas Muaz dengan lafaz yang agak keras apabila Muaz membaca surah yang panjang di dalam solat. Sabda Rasulullah ﷺ:

يَا مُعَاذُ، أَفَتَّانٌ أَنْتَ – ثَلاَثًا – اقْرَأْ: وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا وَسَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى وَنَحْوَهَا

"Wahai Muaz, apakah engkau ingin menimbulkan fitnah?! (Sebahagian riwayat menyebutkan bahawa kata-kata ini diulang Rasulullah ﷺ sebanyak tiga kali. Seolah Baginda ingin memberikan kesan mendalam kepada pemahaman Muaz.) Bacalah surah asy-Syams atau al-Duha atau al-A'la (sahaja),"

5. Perhatikan hadis ini bagaimana Rasulullah ﷺ menegur Muaz dengan nada yang agak keras ketika Muaz melakukan kesilapan disini. Ia adalah semata bagi memastikan orang yang disayangi tidak terjebak kepada kesalahan yang berterusan.

6. Melalui hadis ini, dapat kita fahami bahawa apabila kita sayang seseorang, kita hendaklah mengajarkan kepada mereka perkara yang baik. Apabila mereka melakukan kesilapan, kita tegur dan perbaiki mereka. Bukan kita yang mengajak mereka melakukan kesalahan. Bukan kita yang menghulurkan mereka sebatang rokok.

Semoga Allah membimbing kita

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget