SKVE: Kerajaan Negeri Selangor digesa tunai janji


oleh: USTAZ HANAFI ZULKAPLI
5 ZulHijjah 1440H / 6 Ogos 2019

PEMUDA PAS Selangor menggesa kerajaan negeri Selangor untuk menyegerakan kerja-kerja pembinaan pembangunan jejambat di SKVE Tol Saujana Putra sebagaimana yang dijanjikan oleh YAB MB Selangor.

Pembinaan pembangunan jejambat tersebut dilihat masih belum tertunai sehingga ke hari ini kerana masih tiada sebarang tanda-tanda pembikinan projek tersebut walaupun setelah lawatan YAB MB Selangor sejak 12 April 2019.

Dimaklumkan bahawa pembukaan tender telah pun dibuka sejak bulan April lagi dan berdasarkan pelan tindakan sepatutnya kerja-kerja pembinaan telah dimulakan pada bulan Julai ini.

Sumber: https://selangorkini.my/2019/04/selangor-umum-rm60-juta-atasi-kesesakan-bandar-saujana-putra/

Kerajaan negeri Selangor mesti mengambil tindakan segera sebagaimana janji yang telah diberikan untuk menyelesaikan masalah penduduk Bandar Saujana Putra mengenai kesesakan yang membelenggu mereka di kawasan bulatan antara Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Pemuda PAS Selangor juga berharap dengan pertanyaan yang dibangkitkan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Dato' Dr Yunus selaku ADUN Sijangkang dalam Sidang DUN baru-baru ini mengenai isu ini diberikan perhatian serius oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor.

"Demi Islam"
"Bangkit: Pemuda Perintis Kebangkitan Ummah"

USTAZ HANAFI ZULKAPLI ialah Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Selangor
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget