Henti skim 'bantuan tanaman semula pekebun kecil getah' amat mengejutkan dan sangat dikesali.


Pengumuman Menteri Pakatan Harapan untuk menghentikan skim 'bantuan tanaman semula pekebun kecil getah' amat mengejutkan dan sangat dikesali. Ini malapetaka besar bagi 355,000 orang pekebun kecil getah di negara ini.

Pengumuman ini adalah lambang kejahilan dan sikap 'bodohsombong' Menteri dalam PH menguruskan hal ehwal pekebun kecil dan penoreh.

Di saat komoditi getah sedang tenat dari sudut harganya, bayaran tanaman semula yang menjadi hak pekebun berdasarkan peraturan yang sah, cuba dinafikan pula. Kegilaan apakah ini?

'Bantuan' tanaman semula yang dipraktikkan puluhan tahun lampau itu adalah bersumberkan cukai ses yang dikutip daripada hasil jualan (eksport) getah para pekebun.

Sejak tahun 1952, bagi membiayai dan melaksanakan Rancangan Tanam Semula kebun getah pekebun kecil, Kerajaan telah meluluskan Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952 yang memperuntukkan kutipan cukai ses RM0.14 sen bagi setiap kilogram getah yg dieksport.

Daripada kutipan ses ini, 10 sen dikumpulkan untuk dipulangkan sebagai 'bantuan' tanaman semula sementara 4 sen lagi diperuntukkan untuk penyelidikan.

Dalam skim tanam semula bagi sektor ladang (keluasan melebihi 100 ekar/40.5 hektar) terdapat peruntukan di bawah seksyen 10, Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula - 1952 setelah dipinda oleh Akta RISDA 1972).

Skim yang dinamakan Rancangan Perusahaan Getah (Penanaman Semula) Bagi Estet 1974, memperuntukan supaya wang SES yang dipungut dikembalikan terus kepada pemilik ladang-ladang besar (melebihi 40.5 hektar) dalam bentuk wang tunai mengikut bukti pengeluaran mereka setiap suku tahun. Langkah ini dibuat agar mereka dapat menguruskan sendiri pembiayaan tanaman semula ladang mereka kelak.

Akibat PH menyerahkan satu urusan kepada orang yang bukan ahlinya, maka langkah sumbang seperti ini telah terjadi sewenang-wenangnya.

PAS Kedah mendesak Terresa Kok menarik balik pengumuman itu serta merta, dan memohon maaf atas kegagalan beliau mencari jalan keluar dalam krisis harga getah yang merudum pada waktu ini.

Pakatan Harapan khususnya DAP bukanlah parti yang boleh diharap untuk membantu para pekebun kecil yang terdiri daripada kaum. Melayu di negara ini.

Alasan beliau bahawa langkah ini dilakukan untuk mewujudkan keadilan kepada pihak pekebun yang menyertai skim dibawah Felda dan Felcra, adalah alasan dangkal. Kumpulan itu tertakluk dibawah seksyen 10, Akta RISDA 1972 berkaitan pemulangan Ses dan pelaksanaan tanaman semula ladang mereka.

Jika alasan Teressa Kok bahawa dengan melaksanakan langkah 'semua pihak tidak dapat bantuan' adalah satu keadilan, maka langkah 'membari bantuan kepada semua pihak' adalah satu keadilan yang lebih baik dan perlu diutamakan.

Muhammad Sanusi Md Nor Ialah Ketua Pembangkang Dun Kedah Merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Mediaonline

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget